Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Kelebihan Saraf Pada Kaki

on Monday, 14 May 2012

Kelebihan Saraf Pada Kaki
Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH S.W.T. telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH. Subhanallah.

" Ya Allah. Sinarkanlah cahaya Nu-rMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmat-Mu ya Allah yang Maha Pengasih. Ya Allah, keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah-Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha Esa..amin ya rabialamin."


Mayee Nazrich MM
Tag :

Tips Mudah Hamil

on Wednesday, 9 May 2012

tanda-tanda hamil, tips mudah hamil, perempuan hamil
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama.

Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap


Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

- Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. kurangkan Tekanan

Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :

- Memasak.
- Bersenam.
- Mendengar muzik.
- Membaca dan mendengar audiobooks.
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
- Beromantik dengan suami.

Senang Hamil
Tag : , ,

Manfaat Susu Ibu Kepada Bayi

on Sunday, 6 May 2012

bayi, susu bayi, ibu
1. Susu ibu mengandungi protein, lemak dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental.

2. Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan usus, masalah pernafasan dan jangkitan telinga.

3. Susu ibu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak.

4. Kanak-kanak yang diberikan susu badan terlindung daripada masalah alahan.

5. Susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang.

6. Susu badan juga mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan rahang.

7. Memberikan susu badan dapat mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.

8. Susu badan dikatakan mampu merendahkan risiko diserang penyakit jantung apabila dewasa kelak.

9. Anak yang diberikan susu badan kurang mendapat masalah cirit-birit dan ini akan mengurangkan perbelanjaan perubatan.

10. Merapatkan hubungan di antara ibu dan anak.

Rahsia perkahwinan
Tag : ,

Kisah Kelahiran Yang Unik

on Monday, 23 April 2012

1. Wanita yang melahirkan anak-anaknya dengan waktu kelahiran yang unik

Seorang ibu di Michigan bernama Barbara Sopher, merayakan ulang tahun putrinya, Cearra pada tanggal 10, bulan 10, tahun 2010 (10/10/10), diikuti dengan putranya yang lahir pada tanggal 9, bulan 9, tahun 2009 (09/09/09), dan seorang lagi putrinya yang lahir pada tanggal 8, bulan 8, tahun 2008 (08/08/08). Memang benar-benar aneh, namun Barbara mengaku bahwa dia dan suami tidak pernah merancang pola kelahiran anak-anaknya yang unik tersebut.

kisah kelahiran unik, anak unik,

2. Bayi yang lahir jam 1:11 pada 01.11.2011

Seorang wanita di Minnesota melahirkan bayinya tepat pada jam 1.11 a.m, selasa, 11 Januari 2011. Mereka melihat pada jam di saat detik-detik peristiwa kelahiran putri mereka.


3. Saudari kembar yang bersalin di hari dan di rumah sakit yang sama

Amy Gilbert dan Allison Oliverio yang keduanya berusia 25 tahun, kedua-duanya sama-sama melahirkan anak di rumah sakit yang sama di bilik yang bersebelahan. Proses melahirkan mereka juga ditangani oleh doktor yang sama. Amy melahirkan bayi yang bernama Claire, dan Allison melahirkan bayi yang bernama Garret. Dan uniknya, beza kelahiran anak mereka berdua hanya 14 minit, beza beratnya 14 pound, dan beza ukuran tubuhnya 14 inci.


4. Lima Anggota keluarga yang bersalin pada tanggal yang sama

5 orang anggota daripada sebuah keluarga bersalin pada tanggal yang sama. Yang paling muda bernama Mila, yang lahir pada tanggal 29 Mac 2010. Keunikan ini bermula pada 70 tahun yang lalu oleh Anita Marshall, diikuti dengan putrinya serta cucu-cucunya yang memiliki tanggal kelahiran yang sama dengan dirinya.


5. Wanita yang melahirkan dengan operasi caesar yang dilakukannya sendiri ( berani betul perempuan ni )

Ines Ramirez ialah satu-satunya wanita yang diketahui melakukan operasi caesar sendiri pada proses melahirkan anaknya. Pada malam tersebut, klinik yang terdekat berjarak 80 km, sementara suaminya sedang berada di kantin dan tidak mempunyai telefon untuk dihubungi. Di saat itu, ibu beranak 6 berumur 40 tahun baring di kerusi kayu, dia mengambil alkohol dan sebuah pisau dan memotong perutnya sendiri. Dengan bergantung kepada lampu rumah yang sedia ada, dia mengiris perutnya sampai ke dalam uterus dan menarik bayi laki-lakinya dari dalam perut. Setelah memotong tali pusat si bayi, akhirnya dia pingsan, dan setelah sedar, dia menutup luka di perutnya dengan sweater dan menyuruh anak lelakinya yang berusia 6 tahun untuk meminta pertolongan. Beberapa jam kemudian, seorang pembantu kesihatan datang dan membawanya ke klinik yang mengambil masa 2 jam. ( Di sini kita boleh nampak betapa mulianya kaum hawa dan pengorbanan dorang melahirkan kita, so hargailah mereka! )


6. Wanita yang melahirkan 3 jam setelah mengetahui dia hamil

Belinda Waite, 21, telah beberapa kali datang ke rumah sakit setempat selama 9 bulan terakhir dan dia diberitahu bahwa dia memiliki gangguan kehamilan yang serius. Kenyataannya, dia sedang mengandung seorang bayi perempuan yang sihat. Pada tanggal 6 Februari 2010, malam sebelum Louise lahir, Waite pergi ke rumah sakit. Pada jam 10 malam, doktor memberitahu bahwa dia hamil 3 bulan, tapi faktanya dia hamil 9 bulan, dan Louise tiba 4 jam setengah kemudian pada 2:30 a.m. Waite tinggal bersama pasangannya Wyane Boyles, 28. Bayi perempuan mereka, Louise Boyles, lahir di rumah dengan bantuan Wayne, ibu Syliva.


7. Wanita yang melahirkan bayi yang hampir seukuran dengannya

Seorang wanita bernama Stacey Herald yang berukuran 72 cm, melahirkan bayi perempuan berukuran 46 cm yang tidak jauh lebih kecil dari dirinya. Kehamilannya membuatkan perutnya besar yang menyebabkan tubuhnya terlihat lucu. "Jika aku berbaring, aku akan tampak seperti bekicot", katanya sambil tertawa. "Aku tampak seperti kentang Idaho dengan lengan dan kaki.", tambahnya.


8. Pasangan yang mempunyai kembar kulit putih dan kulit hitam

Pasangan campuran Inggeris ini mengalami kejadian yang cukup aneh, mereka mempunyai anak kembar yang satu berkulit hitam meniru ayahnya dan satunya lagi berkulit putih meniru ibunya. Dan kelahiran keduanya juga menghasilkan kembar yang sama dengan kembar yang pertama.

Tag : , ,

Tips kesihatan | 8 khasiat bawang putih

on Tuesday, 17 April 2012

APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya.


1. Mengurangkan risiko strok.


Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.


Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.


Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.


Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.


Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.


Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.


Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

JADI pembaca semua, mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat.
Tag : ,

Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki

on Thursday, 12 April 2012

Batu karang yang berlaku pada lelaki mungkin menunjukkan beberapa tanda, atau tidak menunjukkan sebarang tanda sama sekali. Terdapat beberapa faktor yang terlibat bagi menentukan apakah gejala yang dialami, dan lokasi serta saiz batu itu akan mempengaruhi kesan ke atas sakit batu karang yang dirasakan.

Dalam beberapa kes, penyingkiran batu karangmungkin perlu jika batu itu terlalu besar. Kebiasaannya tanda pertama yang anda perasan bagi penyakit batu karang adalah sakit yang yang sedikit akan menjadi teruk terutamanya di bahagian tepi, belakang, pangkal paha, atau kemaluan.

Faktor-faktor dan gejala-gejala khusus yang anda alami akan menentukan jenis batu karang yang sedang anda hadapi. Terdapat banyak jenis batu-batu ini, dengan komposisi dan bentuk yang berbeza, dan beberapa jenis boleh keluar dengan mudah dan dengan kesakitan yang kurang daripada yang lain. Batu karang yang berlaku di kalangan kaum lelaki juga menyebabkan peningkatan suhu badan, loya, dan juga muntah-muntah.

Darah dalam air kencing lazimnya akan keluar bersama-sama dengan batu-batu ini, dan sensasi kekejangan mungkin dirasakan apabila otot saluran kencing cuba menolak batu itu keluar. Pengeluaran batu karang dikalangan lelaki juga akan menyebabkan jangkitan pada saluran kencing, kerana kerosakan yang dilakukan oleh batu karang tersebut ketika ia melalui tiub.

Tanda-tanda batu karang yang ditunjukkan dikalangan lelaki adalah sama dengan tanda-tanda batu karang yang berlaku dikalangan perempuan. Dalam beberapa kes, komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila batu karang tidak dapat keluar melalui saluran kencing, dan ini akan menyekat pengaliran air kencing.

Pembedahan kecemasan perlu dilakukan kerana batu tersebut perlu dibuang dengan segera. Komplikasi lain yang boleh berlaku ialah kegagalan buah pinggang, tetapi selalunya ianya disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan buah pinggang, bukan disebabkan oleh batu karang semata-mata.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti batu karang dan anda sebelum ini tidak pernah didiagnosis dengan penyakit batu karang, kemungkinan anda perlu berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah tersebut. Sekiranya anda mempunyai sejarah masalah batu karang dan mengalami tanda-tanda tersebut, kebiasaannya ubat-ubatan boleh membantu melainkan batu karang tersebut terlalu besar dan ianya menghalang saluran kencing anda.

Tag : ,

5 Jenis Makanan Pencegah Kanser Payu Dara

on Wednesday, 11 April 2012

Satu dari 10 wanita dianggarkan menghidap kanser payudara, yang disebabkan oleh gaya hidup moden. Untuk menghindarinya, mulailah membiasakan diri menjaga kesihatan payudara dengan mengambil makanan sihat.

Menjaga payudara agar tetap sihat bukanlah perkara yang sukar. Tidak susah, pencegahannya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, iaitu dengan menjaga pemakanan kita. Diet yang seimbang dan pemilihan yang betul akan membantu kita mencegah kanser. Cukup dengan mengambil lima makanan yang kaya nutrisi ini, maka anda pun akan mendapatkan keadaan payudara yang sihat.

1. Sayur-sayuran Hijau

Mulailah untuk memakan pelbagai sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli, kembang kol, bayam sebagai menu diet anda. Kandungan vitamin, serat dan antioksidan di dalamnya membantu menghilangkan radikal bebas dan racun lain dari dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari segala bentuk kanser, terutama kanser payudara.

2. Protein

Makanan yang kaya dengan protein sangat baik untuk kesihatan payudara anda. Cubalah untuk membiasakan mengambil makanan yang terbuat dari kacang soya seperti susu soya, tempe dan tahu. Untuk camilan sehat, kacang-kacangan boleh menjadi pilihan yang tepat kerana kandungan proteinnya yang luar biasa.

3. Jus Buah

Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara. Semakin sering mengambilnya, semakin banyak pula zat antioksidan dalam tubuh anda. Buah ini juga mempunyai peranan penting terhadap peningkatan sitem imun.

4. Pelbagai Ikan

Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan mengandung vitamin D yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat baik untuk kelangsungan payudara, oleh itu anda harus memastikan ikan sentiasa dimasukkan ke dalam menu diet anda.

5. Pelbagai Buah Beri

Selain rasanya yang lazat, buah beri mengandung nutrisi yang baik seperti serat dan vitamin C. Menariknya, buah beri boleh ditambah ke dalam menu makanan seperti meletakkannya pada yoghurt, salad, cereal dan smoothie anda.

Tag : ,

[Penyakit Aneh] Kaki Membesar, Tangan dan Perut Mengecil!

on Saturday, 7 April 2012

GARUT- Ahmad Soleh (6), anak pasangan Ina Marlina (35) dan almarhum Idan menderita penyakit aneh. Dua kakinya membesar, namun bahagian tangan dan perut mengecil.

Kanak-kanak yang tinggal di Perum Puri Ganda Sari, Blok G, RT 03/14, Desa Mangkurakyat, Kecamatan Cilawu, Kabupaten Garut, Jawa Barat, ini merasa sakit dengan benjolan itu.

“Kalau main dia biasa saja. Tidak merasa malu kerana kakinya besar,” kata Kakak Ahmad Soleh, Uji Setiawan (18) ketika ditemui di rumahnya.


Menurut Uji, sampai ketika ini pihak keluarga tidak mengetahui pasti apa penyakit yang diderita Ahmad. Kelainan yang dialami Ahmad ini sudah terjadi sejak usianya 2 bulan.

“Kalau makan biasa saja, tapi, anehnya sari-sari makanan tidak diserap tubuh. Lengannya saja kecil seperti tulang yang hanya dibungkus kulit. Tidak ada dagingnya. Ahmad juga tidak merasa sakit,” beber Uji.

Uji menambahkan, ibunya sempat membawa Ahmad ke Hospital Hasan Sadikin (RSHS) Bandung. Namun doktor memberitahu Ahmad harus menjalani pembedahan pada usianya 2,5 tahun.

“Saya sendiri tidak tahu penyakit yang dialami Ahmad ini apakah kaki gajah atau bukan,” tuturnya.

Sewaktu bayi, jelas Uji, Ahmad juga kerap mengalami demam. Keadaan ini disusul dengan munculnya benjolan pada perut bahagian kiri.

Kerana tidak memiliki cukup wang, pihak keluarga tidak sempat membawa Ahmad ke RSHS kembali untuk menjalani pembedahan.

Biaya hidup sehari-hari saja sebenarnya tergantung dari pemberian kakak pertamanya, Yasifa Daniyati (21), yang bekerja di salah satu restoran di Kota Bandung.

“Ibu punya empat anak. Kerana ibu tidak bekerja, semua biaya keperluan ditanggung kakak perempuan,” ungkapnya seraya berharap ada bantuan dari pemerintah untuk menyembuhkan penyakit adiknya itu.

Tag : ,

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menghilangkan Stress Wanita!

on Thursday, 5 April 2012

Setengah dari kita memang alah kepada bau bauan. Busuk atau wangi bila dah alah memang boleh membuatkan kita rimas dan kurang selesa. Tambahan pula kepada pasangan yang dah berkahwin, yang hampir seharian tinggal bersama kalau si isteri atau si suami mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood.

Tapi tahukah anda sebenarnya bau ketiak lelaki boleh menghilangkan stress wanita?



Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.


Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Jadi untuk yang sudah berkahwin, boleh lah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan rumah tangga serta mengurangkan kes penceraian.

Banyak lagi cara lain nak hilangkan stress dari cium bau ketiak. Bagi kita yang beragama Islam, lebih baik amik wudhuk, baca quran ke, zikir ke, solat sunat ke. Kembali pada Allah adalah jalan penyelesaian yang terbaik.


Tag : ,

10 Tabiat Buruk Lelaki Yang Menggelikan Wanita!

Dalam memenangi hati atau memikat wanita apa yang penting adalah penampailan luaran yang akan memberikan First Impression kepada kaum wanita. Mungkin ada sesetengah tabiat yang dirasakan normal oleh seseorang lelaki, tetapi ia sebenarnya menggelikan wanita apabila melihatnya.

Antara tabiat lelaki yang kurang menyenangkan wanita adalah:

(1) Kuku yang panjang



Ada sesetengah lelaki yang gemar menyimpan kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak pula dapat dikenal pasti. Tetapi apa yang pasti tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya.

(2) Bulu hidung panjang



Mungkin ada sesetengah lelaki yang terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebas dan jayanya. Tabiat ini merupakan perkara yang paling menggelikan wanita.

(3) Nafas berbau



Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau malah mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang berhadapan dengan anda juga.

(4) Masalah bau badan



Sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk menghampiri anda.Bukan setakat perempuan je yang geli, kaum lelaki lain pon tak selesa dengan bau badan anda.

(5) Rambut terlalu nampak basah


Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru lahir.

(6) Rambut yang terlalu keras



Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan keras seperti dawai. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi.

(7) Terlalu banyak bintik hitam di muka



Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda.

(8) Gigi berkarat



Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita.

(9) Sendawa


Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupu anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang lain.

(10) Kebersihan telinga


Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya.

Mungkin tips-tips ini berguna bg mereka yang ingin memulakan langkah untuk mengenali seorang perempuan.

Tag :

[Gambar & Video] Pergerakkan bayi dalam perut yang menjadi sensasi di internet!

on Wednesday, 4 April 2012

Bayi bergerak dalam kandungan adalah hal biasa. Namun, bayi yang bergerak seperti memukul perut ibunya seperti alien, kini menjadi sensasi internet.

Bayi itu tampak mendorong perut ibunya seakan melakukan kekerasan. Video yang tersebar di internet ini menampilkan seorang ibu yang sedang berbaring telentang dan nampak bayi dalam kandungan itu menggerakkan kaki dan tangan dalam rahim seperti upaya untuk keluar dari perut.

Perempuan ini dan suaminya terlihat tertawa dengan gugup saat anak itu membentangkan kulit ibunya sehingga membentuk sebuah garis di perut. Biasanya, pada 3 bulan bayi dalam kandungan bayi ini dapat bergerak 360 darjah serta berputar. Video itu telah menarik minat pengguna internet.




Lihat pula video dibawah ini..



Tag : ,

(Gambar & Video) Cara Mudah Gugur Janin!

KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.



Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.

- myMetro
Tag : ,

Tips Lelaki | Cara Nak Atasi Cepat Pancut Malam Pertama

on Tuesday, 3 April 2012

Cepat pancut sentiasa menghantui lelaki yang pertama kali melakukan hubungan seks. Ini terjadi kerana mereka terlalu bernafsu sehingga lupa untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal lebih awal dari pasangan wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal situasi ini, ia pasti akan terbawa–bawa sepanjang hidup anda.

Cepat pancut akan memberi perasaan kecewa kepada diri anda dan juga pada pasangan anda. Untuk elakkan ia dari menghantui diri anda, berikut adalah beberapa cara untuk atasi masalah cepat pancut.

Tips pertama: Perlahan– lahan.

Hubungan seks yang baik adalah hubungan yang di lakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Jika anda gelojoh atau terlalu pantas, tiada perasaan kasih sayang akan terhasil ketika hubungan seks di lakukan. Akibatnya, anda akan cepat pancut kerana terlalu ingin cepat menghabiskan hubungan seks tersebut.

Tips kedua: Tenang

Tidak perlu tergesa–gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa–gesa anda pasti akan cepat pancut. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.


Tip ketiga : Kawal pernafasan.

Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami cepat pancut.

Ketiga–tiga tips di atas pasti boleh membantu anda untuk lebih menikmati hubungan seks tanpa mengalami ejakulasi pramatang. Betulkan mindset anda bahawa seks untuk di nikmati dengan tenang.

Tag :

Cara-Cara Memekatkan Air Mani & Khasiatnya Kepada Wanita!

Rasanya masih ramai lelaki dan wanita diluar sana yang masih belum tahu akan Cara-Cara Memekatkan Air Mani dan apakah Khasiat Air Mani itu. Jadi hari ini, admin nak berkongsi dengan kalian. Jangan anggap jijik sebab ini juga satu lagi ilmu Kesihatan yang harus kita ketahui. Jom layanz~



CARA-CARA MEMEKATKAN AIR MANI
  1. Kurangkan bersetubuh dgn pasangan. Kekerapan menjalinkan hubungan sulit boleh mengurangkan isipadu penghasilan air mani. Seeloknya, hubungan sulit dilakukan selang 3 hari atau lebih.
  2. Elakkan tabiat merokok dan meminum minuman keras. Ini kerana tabiat ini boleh merendahkan tahap hormon testosterone yg menjadi benda penting dlm penghasilan air mani.
  3. Lakukan senaman secara berkala. Senaman yg dimaksudkan di sini adalah senaman ‘kagel’ atau kemut iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan kencing.
  4. Amalkan pemakanan yg sihat. Tidak boleh dinafikan lagi pemakanan yg seimbang dan berkhasiat mampu untuk memekatkan dan menambah jumlah isipadu air mani lelaki.
  5. Elakkan buah zakar terdedah dengan kepanasan. Kebanyakan penggunaan brief boleh menyebabkan buah zakar menjadi panas. Ini boleh mengganggu tahap penghasilan air mani yg berkualiti. Jd, penggunaan boxer lebih digalakkan.
  6. Kurangkan berat badan. Ini merujuk kepada mereka yg obesiti. Peningkatan lemak terutamanya di bahagian perut boleh mengganggu penghasilan hormon testosterone.
  7. Pengawalan emosi yg stabil. Jgn pelik jika emosi yg x stabil juga boleh mengganggu penghasilan sperma yg baik. Jadi, sentiasalah berfikiran positif.
  8. Belailah tubuh badan kita. Lelaki perlu sesekali pergi ke spa untuk mendapatkan urutan badan. Keadaan badan yg sihat dan terjaga boleh membuatkan kita menghasilkan sperma yg lebih berkualiti.
  9. Ambil supplement dan makanan tambahan. Kekacang mampu untuk meningkatkan penghasilan sperma manakala zinc mampu untuk memantapkan kilang penghasilan sperma. Tapi perlu diingatkan, pengambilan makanan tambahan perlu dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan khidmat mereka yg pakar.
  10. Lakukan hubungan intim pada waktu yg sesuai. Pagi dan petang adalah waktu yg paling sesuai untuk melakukan hubungan intim kerana ketika itu mudah untuk mangalami pemanasan yg dpt membina kecergasan pada kilang sperma. Jika pada waktu malam, tahap keaktifan badan menurun seterusnya mengurangkan penghasilan air mani.

KHASIAT AIR MANI

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?

Khasiat lain sperma untuk wanita:
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.


p/s: Sudilah kiranya kalian yang membaca ini untuk SHARE artikel ini melalui akaun laman sosial yang kalian punya seperti Google+/Linkedin/Facebook/Twitter/Yahoo!/Email dan sebagainya. Sama-samalah berkongsi ilmu dan jangan kedekut!
Tag :

Bentuk Payudara Cermin Perangai Wanita

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. 


Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.

1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. “Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

Tag :

SUARA GHAIRAH MEMBUATKAN AKSI CIUMAN LELAKI LEBIH 'HOT'...!!!

on Monday, 2 April 2012

SEORANG lelaki boleh menjadi pencium terulung bila sang isteri juga memberikan kontribusi terhadap suasana hati sang pasangan lebih berghairah. Kini, saatnya wanita untuk bereksplorasi.

Menurut Kissingknowhow, ada hal-hal yang harus dipersiapkan wanita saat berciuman dengan lelaki, seperti:


  • Atur pernafasan

Ketika mulai mencium bibir pasangan, Anda harus meningkatkan kelajuan pernafasan. Teknik ini memastikan dia mampu menghidupkan perasaan dan Anda pun menikmati gaya bercintanya.

  • Suara ghairah

Anda dapat meningkatkan ghairah pasangan saat berciuman dengan mengeluarkan suara yang penuh keghairahan. Anda dapat mendesah atau mengerang, serta memperlihatkan ekspresi wajah senang. Ini adalah cara sederhana untuk belajar membuat seorang lelaki merasa tenang saat melancarkan aksi ciuman “hot”.

  • Manjakan ereksinya

Lelaki cenderung mudah untuk ereksi ketika berciuman. Kerananya, Anda dapat menggosok Mr P-nya untuk aksi ciuman lebih panas.

Selain itu, Anda boleh mainkan lidah yang membuatnya tenang ketika berciuman. Tapi, Anda jangan lupa untuk melempar kalimat pujian saat pasangan ingin menciumi bibir Anda yang basah. Hasilnya, si dia tertarik melakukan aksi ciuman lagi dan lagi.

Tag :

UCAPAN "HOT" WANITA KETIKA BERASMARA...!!!

SAAT aksi ranjang sudah terasa membosankan, pasti Anda akan berfikir untuk membuatkannya menjadi berbeza. Pertanyaan yang mungkin muncul dalam fikiran ialah bagaimana Anda saling bersentuhan, posisi yang Anda cuba, dan bahagian tubuh yang Anda fokuskan. Namun ternyata, ada hal lain yang menjadi kunci agar seks terasa bergelora. Apa itu?

Kata-kata yang keluar dari mulut saat berhubungan intim mungkin sering diabaikan. Padahal, rangkaian kata yang terlontar boleh membuatkan saat berasmara terasa semakin hebat.


"Berbicara atau mendengar kata-kata erotis merangsang transmisi dopamin yang memainkan peranan besar dalam rangsangan seksual. Mereka dapat meningkatkan emosional dan intensiti fizikal dari pengalaman tersebut," kata Ian Kerner, PhD, penulis Passionista.

Terdengar sebagai idea yang bagus. Tapi, apa yang harus Anda katakan agar tidak nampak kekok di depan suami?

"Kebanyakan wanita tidak yakin apa yang terdengar seksi, sehingga mereka tidak mengatakan apa-apa," kata Logan Levkoff, PhD, seorang seksologi di New York City. Akibatnya, Anda kehilangan kesenangan.

Padahal, hal-hal tersebut boleh mendatangkan kenikmatan untuk si dia mahupun diri sendiri.

Untuk kenikmatan dia...

"Aku datang." Begitu sederhana, begitu kuat. Kalimat ini ternyata begitu disukai lelaki.

"Menjadi pencinta yang hebat adalah sumber utama kebanggaan bagi lelaki. Mengatakan kepada dia perihal orgasme Anda adalah penghargaan tertinggi bagi lelaki," kata Levkoff.

Kata-kata ini boleh menjadi bukti bahawa dia berjaya memuaskan Anda. Lebih-lebih lagi, dia mendapati diri Anda begitu terangsang serta berada di luar kawalan. Mengumumkan kedatangan orgasme Anda juga menjadi perkara terpenting yang meningkatkan kenikmatan bagi Anda berdua.

"Tambah lagi, kerana kebanyakan lelaki siap untuk klimaks sebelum wanita. Ini memberinya izin untuk datang," kata Kerner.

Untuk kenikmatan Anda...

Kerner menyarankan agar Anda melontarkan kata seperti, "Aku suka kalau kamu (kata kerja) melakukan ini padaku (bahagian tubuh)," seperti "Aku suka kalau kamu menggosok paha/mencium leher/menjilat payudaraku."

"Verbalisasi sensasi membawa perhatian Anda untuk itu, yang memperkuat kenikmatan yang Anda alami," jelas Kerner.

Kalimat tersebut seperti ungkapan Anda sedang menikmati makanan lazat. Berbicara tentang bagaimana kelazatan itu boleh tercipta, bahkan lebih lazat.

"Kata-kata ini juga dapat membantu Anda untuk tetap menikmati kenikmatan dari kelazatan bercinta pada saat itu," tambah Kerner.

Jika fikiran Anda mulai berkelana atau Anda sedang menekankan tentang hal-hal lain saat bercinta, maka menyatakan apa yang terjadi dalam diri Anda membuat Anda tetap fokus pada apa yang Anda rasakan.

"Ini menunjukkan kepadanya bahawa pasangan melakukan sesuatu yang benar," kata Levkoff.

Dan, sekali dia tahu Anda menyukainya, maka dia mungkin akan mengulanginya lagi dan lagi.

Tag :

4 Posisi Berasmara Terbaik Untuk Lelaki

Kepada Anda yang baru bernikah, berbulan madu menjadi agenda dalam mengungkapkan kenikmatan seks yang sebenarnya. Selain membantu menghangatkan hubungan, seks juga membantu untuk mengenali satu sama lain dan saling menikmati keintiman.

Bagi lelaki, ada beberapa posisi seks yang menguntungkan, dan tentu nikmat bagi pasangannya. Bahkan ada beberapa posisi yang mungkin belum pernah Anda cuba sebelumnya.

Dating Tips mengesyorkan beberapa posisi terbaik bagi lelaki, yang mungkin dapat menjadi inspirasi bagi pasangan baru untuk melakukannya malam ini.


  • Penetrasi dari belakang

Penetrasi dalam merupakan hal yang diinginkan lelaki daripada seks. Isteri membongkok ke depan dengan bertekuk lutut dan menapak pada kedua telapak tangan, saat penetrasi ke dalam Miss V.

Pada posisi ini, suami dapat melakukan apa saja. Meramas payudara, memainkan puting atau klitoris isteri. Bahkan isteri dapat menambah kenikmatannya dengan mendorong bokong jauh ke belakang. Ini dilakukan untuk mencapai penetrasi yang lebih dalam.

  • Gaya misioner dengan kedua kaki isteri diangkat tinggi

Posisi lain untuk penetrasi yang dalam. Alih-alihkan gaya misioner yang standard, gaya misioner dengan kedua kaki isteri diangkat tinggi dan disandarkan pada bahu suami, menjanjikan penetrasi yang dalam dengan sensasi ekstra.

Bonusnya lagi, sambil bercinta, Anda dan pasangan dapat melihat wajah masing-masing.

  • Revolusi baru gaya misioner

Isteri berada di hujung ranjang dengan satu kaki menjulur ke lantai, sementara suami dengan posisi tidur mendakap tubuh isteri di atasnya dengan satu kaki menjulur ke lantai dan satu kaki menekuk di ranjang.

Dengan posisi ini, suami dapat menghujam Miss V lebih dalam dan menyebarkan rasa sensasi bagi masing-masing. Posisi ini sesuai dengan bentuk tubuh lelaki yang besar.

  • Gaya menunggang terbalik

Istri mengangkangi suami tapi dengan posisi menghadap ke belakang, jadi suami hanya melihat punggung dan bokong isteri.

Isteri dapat menempatkan tangannya pada lutut suami untuk membantu mengangkat bokong dan menunggangi Mr P secara terbalik. Lakukan gerakan secara perlahan agar tidak membuat Mr P tertekuk lebih jauh.

Tag :

Pemuda Kacak Kepada Gadis (Awek) Comel!

Menggunakan nama Don bagi nama perempuan bagi pemuda ini telah membuatkan ramai gadis (awek) putus harapan apabila mengetahui bahawa pemuda kacak dan tampan ini telah bertukar kepada jantina. Pemuda ini adalah seorang mahasiswa lelaki daripada University Shanghai di China dan mengambil kursus Elektrik. mari kita tengok perubahan pada jejaka tampan ini.



p/s: ada yang tergoda tak? hehe...
Tag : ,

Lelaki mati pakai kondom di kepala!

on Sunday, 1 April 2012

Gary Ashbrook ditemukan mati tanpa pakaian di dalam biliknya, dan kepalanya dipakaikan kondom hingga menutupi wajahnya.Hasil penyelidikan menyebutkan, nyawa lelaki berusia 31 tahun ini melayang kerana memakai kondom di kepalanya.

Selain fungsi utamanya kondom sebagai alat seksual, kondom juga bermanfaat menambah sensasi ketika berhubungan seks. Dan dikatakan Gary mencari sensasi itu.

Gary ditemukan mati dan di sekelilingnya, terdapat sejumlah tin nitrous oxide, gas bius yang biasa digunakan untuk meningkatkan ghairah seks.

Gary disyaki sengaja membalut kepalanya dengan kondom demi mendapatkan kenikmatan seksual. Lelaki homoseksual dengan HIV positif ini melakukan aksinya setelah mendapat informasi dari temannya di internet.

“Dia memiliki kebiasaan membalut wajahnya dengan kondom sejak dua ,tiga bulan terakhir ini. Dia meniru aksi teman-temannya di Internet demi meningkatkan ghairah seksual,” kata Michael Young, teman satu rumahnya.

Young melihat perkara aneh itu semacam sadomasokis, kecenderungan tidak normal untuk mendapatkan kenikmatan seksual.

“Saya yakin apa yang terjadi adalah kemalangan. Saya yakin dia tidak bunuh diri, melainkan hanya melakukan idea gilanya.”


Tag : , ,
 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO