Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki

on Thursday, 12 April 2012

Batu karang yang berlaku pada lelaki mungkin menunjukkan beberapa tanda, atau tidak menunjukkan sebarang tanda sama sekali. Terdapat beberapa faktor yang terlibat bagi menentukan apakah gejala yang dialami, dan lokasi serta saiz batu itu akan mempengaruhi kesan ke atas sakit batu karang yang dirasakan.

Dalam beberapa kes, penyingkiran batu karangmungkin perlu jika batu itu terlalu besar. Kebiasaannya tanda pertama yang anda perasan bagi penyakit batu karang adalah sakit yang yang sedikit akan menjadi teruk terutamanya di bahagian tepi, belakang, pangkal paha, atau kemaluan.

Faktor-faktor dan gejala-gejala khusus yang anda alami akan menentukan jenis batu karang yang sedang anda hadapi. Terdapat banyak jenis batu-batu ini, dengan komposisi dan bentuk yang berbeza, dan beberapa jenis boleh keluar dengan mudah dan dengan kesakitan yang kurang daripada yang lain. Batu karang yang berlaku di kalangan kaum lelaki juga menyebabkan peningkatan suhu badan, loya, dan juga muntah-muntah.

Darah dalam air kencing lazimnya akan keluar bersama-sama dengan batu-batu ini, dan sensasi kekejangan mungkin dirasakan apabila otot saluran kencing cuba menolak batu itu keluar. Pengeluaran batu karang dikalangan lelaki juga akan menyebabkan jangkitan pada saluran kencing, kerana kerosakan yang dilakukan oleh batu karang tersebut ketika ia melalui tiub.

Tanda-tanda batu karang yang ditunjukkan dikalangan lelaki adalah sama dengan tanda-tanda batu karang yang berlaku dikalangan perempuan. Dalam beberapa kes, komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila batu karang tidak dapat keluar melalui saluran kencing, dan ini akan menyekat pengaliran air kencing.

Pembedahan kecemasan perlu dilakukan kerana batu tersebut perlu dibuang dengan segera. Komplikasi lain yang boleh berlaku ialah kegagalan buah pinggang, tetapi selalunya ianya disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan buah pinggang, bukan disebabkan oleh batu karang semata-mata.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti batu karang dan anda sebelum ini tidak pernah didiagnosis dengan penyakit batu karang, kemungkinan anda perlu berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah tersebut. Sekiranya anda mempunyai sejarah masalah batu karang dan mengalami tanda-tanda tersebut, kebiasaannya ubat-ubatan boleh membantu melainkan batu karang tersebut terlalu besar dan ianya menghalang saluran kencing anda.

Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO