Bau Ketiak Lelaki Mampu Menghilangkan Stress Wanita!

on Thursday 5 April 2012

Setengah dari kita memang alah kepada bau bauan. Busuk atau wangi bila dah alah memang boleh membuatkan kita rimas dan kurang selesa. Tambahan pula kepada pasangan yang dah berkahwin, yang hampir seharian tinggal bersama kalau si isteri atau si suami mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood.

Tapi tahukah anda sebenarnya bau ketiak lelaki boleh menghilangkan stress wanita?



Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.


Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Jadi untuk yang sudah berkahwin, boleh lah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan rumah tangga serta mengurangkan kes penceraian.

Banyak lagi cara lain nak hilangkan stress dari cium bau ketiak. Bagi kita yang beragama Islam, lebih baik amik wudhuk, baca quran ke, zikir ke, solat sunat ke. Kembali pada Allah adalah jalan penyelesaian yang terbaik.


Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO