Showing posts with label Isu Sensasi. Show all posts
Showing posts with label Isu Sensasi. Show all posts

18 Sebab Jin Suka Merasuk Manusia

on Monday, 30 April 2012

Sebab Jin Suka Merasuk Manusia, rawatan jin,
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,”
katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya," tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah S.W.T.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah.

3. Meninggikan suara dalam bilik air.

4. Menangis dan merintih sebelum tidur.

5. Membuang air panas ke dalam bilik air.

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.

9. Selalu bertengkar antara suami isteri.

10. Terlampau marah.

11. Mengikut hawa nafsu.

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah S.W.T.

15. Perempuan suka bersolek.

16. Berlaku perjanjian sihir antara jin dan tukang sihir.

17. Jin jatuh cinta pada manusia.

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.


Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin :

1. Sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

2. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

3. "Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat," katanya.

4. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

5. Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Tag : , , ,

Kisah Kelahiran Yang Unik

on Monday, 23 April 2012

1. Wanita yang melahirkan anak-anaknya dengan waktu kelahiran yang unik

Seorang ibu di Michigan bernama Barbara Sopher, merayakan ulang tahun putrinya, Cearra pada tanggal 10, bulan 10, tahun 2010 (10/10/10), diikuti dengan putranya yang lahir pada tanggal 9, bulan 9, tahun 2009 (09/09/09), dan seorang lagi putrinya yang lahir pada tanggal 8, bulan 8, tahun 2008 (08/08/08). Memang benar-benar aneh, namun Barbara mengaku bahwa dia dan suami tidak pernah merancang pola kelahiran anak-anaknya yang unik tersebut.

kisah kelahiran unik, anak unik,

2. Bayi yang lahir jam 1:11 pada 01.11.2011

Seorang wanita di Minnesota melahirkan bayinya tepat pada jam 1.11 a.m, selasa, 11 Januari 2011. Mereka melihat pada jam di saat detik-detik peristiwa kelahiran putri mereka.


3. Saudari kembar yang bersalin di hari dan di rumah sakit yang sama

Amy Gilbert dan Allison Oliverio yang keduanya berusia 25 tahun, kedua-duanya sama-sama melahirkan anak di rumah sakit yang sama di bilik yang bersebelahan. Proses melahirkan mereka juga ditangani oleh doktor yang sama. Amy melahirkan bayi yang bernama Claire, dan Allison melahirkan bayi yang bernama Garret. Dan uniknya, beza kelahiran anak mereka berdua hanya 14 minit, beza beratnya 14 pound, dan beza ukuran tubuhnya 14 inci.


4. Lima Anggota keluarga yang bersalin pada tanggal yang sama

5 orang anggota daripada sebuah keluarga bersalin pada tanggal yang sama. Yang paling muda bernama Mila, yang lahir pada tanggal 29 Mac 2010. Keunikan ini bermula pada 70 tahun yang lalu oleh Anita Marshall, diikuti dengan putrinya serta cucu-cucunya yang memiliki tanggal kelahiran yang sama dengan dirinya.


5. Wanita yang melahirkan dengan operasi caesar yang dilakukannya sendiri ( berani betul perempuan ni )

Ines Ramirez ialah satu-satunya wanita yang diketahui melakukan operasi caesar sendiri pada proses melahirkan anaknya. Pada malam tersebut, klinik yang terdekat berjarak 80 km, sementara suaminya sedang berada di kantin dan tidak mempunyai telefon untuk dihubungi. Di saat itu, ibu beranak 6 berumur 40 tahun baring di kerusi kayu, dia mengambil alkohol dan sebuah pisau dan memotong perutnya sendiri. Dengan bergantung kepada lampu rumah yang sedia ada, dia mengiris perutnya sampai ke dalam uterus dan menarik bayi laki-lakinya dari dalam perut. Setelah memotong tali pusat si bayi, akhirnya dia pingsan, dan setelah sedar, dia menutup luka di perutnya dengan sweater dan menyuruh anak lelakinya yang berusia 6 tahun untuk meminta pertolongan. Beberapa jam kemudian, seorang pembantu kesihatan datang dan membawanya ke klinik yang mengambil masa 2 jam. ( Di sini kita boleh nampak betapa mulianya kaum hawa dan pengorbanan dorang melahirkan kita, so hargailah mereka! )


6. Wanita yang melahirkan 3 jam setelah mengetahui dia hamil

Belinda Waite, 21, telah beberapa kali datang ke rumah sakit setempat selama 9 bulan terakhir dan dia diberitahu bahwa dia memiliki gangguan kehamilan yang serius. Kenyataannya, dia sedang mengandung seorang bayi perempuan yang sihat. Pada tanggal 6 Februari 2010, malam sebelum Louise lahir, Waite pergi ke rumah sakit. Pada jam 10 malam, doktor memberitahu bahwa dia hamil 3 bulan, tapi faktanya dia hamil 9 bulan, dan Louise tiba 4 jam setengah kemudian pada 2:30 a.m. Waite tinggal bersama pasangannya Wyane Boyles, 28. Bayi perempuan mereka, Louise Boyles, lahir di rumah dengan bantuan Wayne, ibu Syliva.


7. Wanita yang melahirkan bayi yang hampir seukuran dengannya

Seorang wanita bernama Stacey Herald yang berukuran 72 cm, melahirkan bayi perempuan berukuran 46 cm yang tidak jauh lebih kecil dari dirinya. Kehamilannya membuatkan perutnya besar yang menyebabkan tubuhnya terlihat lucu. "Jika aku berbaring, aku akan tampak seperti bekicot", katanya sambil tertawa. "Aku tampak seperti kentang Idaho dengan lengan dan kaki.", tambahnya.


8. Pasangan yang mempunyai kembar kulit putih dan kulit hitam

Pasangan campuran Inggeris ini mengalami kejadian yang cukup aneh, mereka mempunyai anak kembar yang satu berkulit hitam meniru ayahnya dan satunya lagi berkulit putih meniru ibunya. Dan kelahiran keduanya juga menghasilkan kembar yang sama dengan kembar yang pertama.

Tag : , ,

10 Gambar Yang Menggegarkan Dunia Berserta Kisah Disebaliknya!

on Thursday, 5 April 2012

Pengeboman Atom Hiroshima dan Nagasaki



Gambar di atas memaparkan satu-satunya peristiwa penggunaan aktif bom-bom atom dalam sejarah manusia. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjatuhkan dua buah bom atom ke atas bandar-bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Kesannya, 90,000 hingga 160,000 orang terbunuh di Hiroshima dan 60,000 hingga 80,000 di Nagasaki.

Hukuman Bunuh Ke Atas Seorang Tentera Vietcong


Foto di atas bertajuk “Jeneral Nguyen Ngoc Loan menghukum seorang banduan Viet Cong di Saigon”, dan dianggap antara gambar-gambar paling terkenal dalam sejarah kewartawanan. Jurugambar Amerika, mendiang Edward Adams dianugerahkan hadiah Pulitzer bagi gambar yang menunjukkan Ketua Polis Nasional Vietnam Selatan, melaksanakan hukuman bunuh ke atas seorang tentera Vietcong.

Serangan 11 September



Pada September 2001, keganasan melanda Amerika apabila dua kapal terbang penumpang dirampas oleh anggota-anggota pertubuhan Al-Qaeda dan menghentam menara berkembar di New York dan menyebabkan kematian 3,000 nyawa yang tidak bersalah. Beberapa gambar menunjukkan beberapa orang yang terperangkap terjun kerana menyelamatkan diri dari dibakar api marak, yang menyebabkan mereka terbunuh.

Penjara Abu Gharib


Setahun selepas penaklukan Iraq, laporan-laporan penyiksaan, rogol dan pembunuhan terhadap banduan-banduan yang ditahan di penjara Abu Gharib telah muncul, dan pelakunya ialah pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat dibantu oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Anak Kecil dan Burung Hering


Gambar ini diambil oleh seorang jurugambar Afrika Selatan, mendiang Kevin Carter, menunjukkan seorang anak kecil Sudan yang kebuluran berhenti untuk merehatkan tubuhnya yang lemah dalam dia merangkak ke arah pusat makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berdekatan, manakala burung Hering berada dekat dengannya untuk meratah tubuhnya bila dia mati. Gambar ini telah membolehkan Carter dianugerahkan hadiah Pulitzer, malang sekali imej ini sentiasa menghantui Carter, menyebabkan dia dilanda kemurungan dan akhirnya membunuh diri.

Bapa Palestin Melindungi Anak Lelakinya



Gambar-gambar di atas ialah dari satu senario yang diambil oleh jurugambar France 2 berdekatan Semenanjung Gaza. Video ini menunjukkan seorang lelaki Palestin, Jamal Al-Durrah, cuba melindungi anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Muhammad Al-Durrah, dalam pada berlindung di balik sebuah dinding konkrit, memberikan isyarat dan meminta tentera Israel berhenti menembak. Anak lelaki Jamal telah ditembak mati manakala Jamal pula cedera parah.

Hector Pieterson (Pemberontakan Soweto)


Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan Soweto pada tahun 1976 di Afrika Selatan, apabila dia ditembak mati oleh pihak polis yang menghalang protes para pelajar. Dalam gambar diatas, mayatnya diangkat oleh seorang rakan pelajar.

Pengebumian Seorang Anak Kecil Yang Tidak Dikenali (Bencana Bhopal)


Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal pada tahun 1984 di mana gas toksik telah dilepaskan dari sebuah loji racun serangga. Terdapat 40,000 kes lagi disahkan menyebabkan penyakit dan kecacatan.

Pembunuhan Dua Pemuda Kulit Hitam Oleh Sebuah Kumpulan


Foto yang mengejutkan ini menunjukkan dua pemuda kulit hitam dibelasah dan digantung sampai mati oleh sekumpulan orang kulit putih kerana dituduh merogol seorang gadis kulit putih dan membunuh teman lelakinya. Apa yang lebih teruk dari keadaan mayat yang berlumuran darah ialah wajah gembira orang-orang yang terlibat bertindak sendiri menghukum mereka.

Orang Yahudi Terakhir Vinnisa


“Orang Yahudi Terakhir Vinnisa” (Kiri) menunjukkan seorang lelaki Yahudi sedang melutut di hadapan satu kubur besar-besaran hendak ditembak kepala oleh seorang anggota Skuad Maut SS Paramilitari, Einsatzgruppe D.

sumber : lolmedia.my
Tag : ,

[Video] Wanita Tersepit di Gantungan Baju!

Entah apa yang terjadi pada Danielle Morgan, seorang mahasiswi universiti Derby, yang tiba-tiba saja terperangkap dalam sebuah tempat gantung pakaian setelah ia jatuh dari tempat tidur.


Bahu dan leher mahasiswi berusia 18 tahun ini terjepit erat diantara kawat gantungan baju yang sempit, sehingga petugas pemadam kebakaran harus turun tangan untuk membebaskannya dengan pemotong besi.

Diketahui, sebelumnya Danielle bermain-main dengan teman seflat-nya Lisa Smith (18) ketika kecelakaan itu terjadi. Rakaman video menunjukkan dia muncul dari pintu bilik Lisa dengan tubuh yang terjebak di gantungan pakaian.


Teman-temannya cuba untuk membebaskannya, namun tetap tidak berhasil, sehingga mereka menghubungi pemadam kebakaran pada Minggu (20/11/2011) sekitar pukul 21:25 waktu setempat, yang akhirnya dapat membebaskan Danielle dengan menggunakan pemotong besi.

“Teman-temanku berfikir kejadian itu lucu. Aku menelefon salah satu teman saya dari rumah ketika aku terjebak dan dia berfikir saya sedang mabuk.” tutur Danielle yang dikutip mail online.



Mahasiswa tahun pertama, dari utara Wales itu, menderita luka di leher dan bahunya. Selain itu, Danielle nampaknya harus melihat sisi lucu dari kejadian ini, meskipun teman-temannya memposting video kecelakaan ini secara online.

Tag : ,

[Gambar] Lelaki tertusuk besi waja di mukanya! Ngeri!

Bhuvaneswar Kumar yang berasal dari India berusia 30 tahun bernasib malang, kerana tiba-tiba dia terpelanting dari motor yang dinaikinya hingga terjatuh tersungkur ketanah, nasibnya tidak baik sebatang besi waja menusuk ke wajahnya hingga menembus tengkorak kepala. Setelah menjalani pembedahan di hospital selama 12 jam akhirnya pasukan perubatan berjaya menyelamatkan dirinya dan mencabut besi sepanjang 13 inci tersebut.







sumber : sukasukaku.com
Tag : , ,

[Video] Meneguk Vodka Melalui Mata! Gila!

on Wednesday, 4 April 2012

Pasti kamu sudah sering mendengar ada orang yang minum vodka, tetapi pernah dengar orang minum vodka melalui mata? Sebenarnya minum vodka saja boleh merosak kesihatan kita kerana alkohol tidak baik untuk tubuh, apa yang terjadi ya jika minum vodka melalui mata?

Tren eyeballing sedang menyerang banyak remaja di seluruh dunia, dari Amerika hingga Eropah. Mereka melakukannya tanpa berfikir panjang apa yang akan terjadi jika mereka melakukan hal tersebut.

Pada dasarnya eyeballing artinya adalah menuangkan vodka pada rongga mata. Banyak yang mengatakan hal ini dapat membuat mereka lebih cepat mabuk daripada meminumnya dengan cara biasa. Namun, kenyataan tersebut boleh saja palsu kerana para ahli kesihatan menunjukkan hanya sedikit sekali alkohol yang benar-benar dapat masuk ke dalam tubuh melalui mata.

Apa resiko dari permainan bodoh ini? Ada ancaman infeksi dan kebutaan dari orang yang melakukannya kerana dengan menuangkan alkohol ke mata berisiko terbakarnya jaringan epitel, lapisan kulit halus yang melindungi mata. Ada doktor mata yang menyamakan hal ini dengan menuangkan pemutih ke mata.

Daily Mail melaporkan seorang wanita yang mengakui melakukan eyeballing berkali-kali sewaktu kuliah hingga matanya perih berair karena vodka memasuki kornea matanya. Spesialis mata mengatakan komplikasi yang dialami oleh wanita tersebut dapat membuatnya buta di masa depan.-idbite.com


Peringatan! Jangan tiru tindakan ini!



Tag : , ,
 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO