Showing posts with label Lelaki Kacak. Show all posts
Showing posts with label Lelaki Kacak. Show all posts

Kisah benar seorang suami yg membuatkan kita mengalirkan air mata

on Saturday, 5 May 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Blog Hubbul Ilahiyah...yang membuatkan saya secara manualitik menangis walaupun saya seorang lelaki.. :'(



isteri yang terbaik
Setiap suami mesti baca !!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini…tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR,SAYANGI ISTERI2 ANDA..
Tag : ,

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

on Monday, 30 April 2012

rahsia warna kegemaran lelaki, warna lelaki

Warna kegemaran biasanya berbeza untuk setiap gender samada lelaki atau pun wanita. Kalau biasanya wanita dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki pula dikatakan mempunyai perwatakan yang berbeza dan ianya mempengaruhi bagaimana seseorang lelaki itu menggemari warna. Berikut adalah tafsiran rahsia warna kegemaran kaum Adam di dunia ini. Ketepatan tafsiran ini adalah mungkin ada, namun jangan dianggap ianya sesuatu yang hakiki.

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.

Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning . Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning . Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya korang sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri . Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran . Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat
Ia tanda banyak wang . Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan . Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

Tag : ,

GF BF Relationship | Menipu dalam hubungan percintaan

on Saturday, 21 April 2012

Gf/Bf, Couple, Pasangan kekasih

Tidak kira sama ada anda dah berkahwin atau dalam perhubungan, penipuan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Ia memang sukar untuk dipercayai apabila pasangan curang dibelakang kita, tidak setia dan lebih menyakitkan bila kita sendiri nampak depan mata. Jom tengok tips-tips ini mungkin dapat menolong anda.


She pulls away from you
Kalau sebelum ini GF anda seorang yang penyayang, manja, suka dibelai tapi sekarang nak dekat pun dah kena marah, apa lagi nak sentuh. Kerap bergaduh walaupn hal yang kecil. Tidak mahu lagi meluangkn masa untuk anda, ini petanda besar yang hubungan anda memang jelas ada masalah.

No time for u
GF/BF anda rasa gelisah bila anda cuba bertanyakan tentang perubahan dalam hubungan anda. Bila ditanya tentang perangai dia GF/BF anda marah dan tak nak mengaku. Nampak sangat kan?

New friends
GF/BF anda ada kawan lelaki baru. Kalau sebelum ini sesiapa ja kawan dia mesti si dia bagitau anda. Tp sekarang tidak lagi? Fikir sendri la. Anda patut tau jawapannya.

She picks fights
Kalau anda dan si dia asyik bergadoh n si dia pula sentiase nk menang ja walaupun dalam perkara-perkara yang kecik yg sebelum ini tidak penting pun diungkit. em u should know rite?

Anda dah Tak penting dalam hidup si dia
Bila GF/BF dah tidak meluangkan masa lagi untuk anda, ini adalah tanda hubungan anda akan tamat tidak lama lagi. Mugkin si dia dah jumpa orang baru dalam hidupnya.

GF/BF tak mahu meluangkan masa untuk family dan rakan anda
Biasanya jika hubungan seseorang itu di peringkat yang serius ( nak bertunang/berkahwin ) masa yang ada banyak dihabiskan untuk bakal family/friends yang rapat. Jika dia tak mahu lagi meletakkan diri dalam usaha untuk melihat orang-orang penting dalam kehidupan anda, mungkin dia sedang cuba untuk menarik diri daripada hubungan anda.

She dressup nicely but not to go out with you
Jangan terkejut jika dia berpakaian berbeza dari dia keluar dgn anda sebelum ni.Ini mungkin tanda yg si dia nk tarik perhatian org baru dlm hidupnya.

She never told u any details about her plans
Pasangan yang open minded selalunya mereka akn bagitau hari-hari mereka untuk berkongsi jadual mereka. Tapi jika dia enggan bercakap mengenai jadual dia, ini bermakna mungkin dia tak mahu anda tahu jadualnya.

She hides her phone
Baik GF/BF jika masing-masing sentiasa menghantar mesej selain anda tanpa membiarkan anda dekat dengan telefonnya ataupun bergayut pada tengah malam dari nombor-nombor yang tidak diketahui tanpa pengetahuan anda. Ini mungkin dia sedang cuba menyembunyikan seseorang daripada anda.

Pada aku baik laki ataupun perempuan kalau hubungan dah mula retak adalah lebih baik mencari jalan penyelesaian mengapa hubungan mula retak dan mengapa pasangan anda mula mencari orang lain..Gud luck k =)
Tag : ,

6 cara pikat suami supaya terus sayang

on Tuesday, 17 April 2012

Rutin dan amalan ketika bercinta-cinta dulu haruslah kita kekalkan sehingga telahpun berkahwin. Ini dapat menjamin hubungan saling kasih-mengasihi agar ia terus mekar berbunga hingga ke akhir hayat korang berdua.

Berikut dikongsikan bersama kalian 6 cara yang berkesan dan mudah untuk kalian amalkan sebagai seorang isteri.

Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama


Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan.Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.
Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.

Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia


Anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan. Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.
Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.

Cara 3: Luahkan kata-kata cinta


Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.

Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda


Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua terlibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Cara 5: Gunakan panggilan manja


Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.

Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia


Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda.

Sumber
Tag : ,

Tips Memikat Wanita Idaman

on Sunday, 15 April 2012

Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asal namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama.

Namun adakalanya sebelum mengenali seseorang anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi @ Petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita sahaja tanpa bertanya adakah orang yang ingin kita hubungi itu juga berada dalam keadaan senggang? Kadangkala, ia meletakkan kita berada dalam situasi serba salah.


Tidak dihubungi, hati kita memberontak ingin mendengar suaranya. Bila dihubungi, takut kita menganggu dirinya yang sedang bekerja!.
Jadi percaturan bagaimana harus anda letakkan sebelum anda menghubunginya seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius.


1. Cari masa yang sesuai.
Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ‘saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.

2. Jangan buang masa.
Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya, dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.

3. Lebih berkeyakinan.
Belum try belum tau!!.. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang.
Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.

4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin.
Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka.
Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.

5. Teruskan persahabatan.
Sekali anda melangkah ke alam perkenalan atau persahabatan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh.
Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.
Tag : ,

Lelaki Kacak

on Friday, 13 April 2012

Sebenarnya aku jarang layan sangat video kat youtube ni. Banyak faktor yang menyebabkan aku tak layan, antaranya line internet yang sangat laju tahap bombastik sehingga kalah dengan siput babi, sibuk dengan rutin harian dan pelbagai lagi. Tapi sewaktu aku tengah jalan-jalan sambil menyelongkar blog si Titan ni, aku terjumpa plak entri pasal Facebook Zaman Dulu-Dulu.

Sebab aku tengah bosan + line internet stabil + dan ada waktu yang terluang, jadi aku layan juga video yang dibuat dengan usaha gigih seorang anak muda berbangsa Cina yang berjaya mengumpul kengkawan dia untuk menjayakan video klip ni.

Permainan Zaman Dulu-dulu, Facebook zaman dulu-dulu, Lelaki Kacak main permainan dulu-dulu


Bagi aku, kenangan seperti ini memang terbaik dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang kembali seperti korang replay video ni! Siapa yang tengok video ni, bagi aku dia seorang Lelaki Kacak. Jadi kalau nak jadi Lelaki Kacak, jom layan sama-sama.












#Si JinnyBoyTv ni juga ada buat banyak lagi video yang best-best. Kalau ada masa, korang bolehlah layan..

Share this entri with your school mates, ex school mates, ex college mates, colleagues to remind them how simple life was back then.

What was your generation like? O.o
Tag : , ,

Lelaki Kacak vs Lelaki Beriman

on Thursday, 12 April 2012

Assalamualaikum pembaca budiman..

Lelaki Kacak, Blog Lelaki Kacak, Apa itu Lelaki Kacak, Artis Lelaki Kacak Malaysia

Lelaki Kacak? Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran korang mesti Lelaki Kacak itu harus mempunyai wajah, fizikal badan seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Remy Ishak. Betul kan?

Lelaki kacak.. Lelaki Kacak seharusnya bukan saja perlu kacak diluar tetapi harus juga kacak didalam. Kacak diluar terbahagi kepada beberapa bahagian seperti dibawah :

Lelaki Kacak Sewaktu Di Rumah

Lelaki Kacak harus bermula dari rumah. Ya. Kenapa? Lelaki Kacak
seharusnya bukan saja Kacak diluar rumah, tetapi haruslah bermula dari rumah. Dari rumah, kita akan dapat kenal pasti sama ada Lelaki itu Kacak atau tidak. Korang boleh tahu dengan cara melihat keadaan rumahnya bagaimana, berselerak ke, kemas ke, atau lebih teruk dari reban ayam! Pakaian, Tahap kesihatan, Penjagaan Diri, Pengurusan Masa dan dari pelbagai sudut lagi yang korang boleh tengok, seterusnya nilaikan sama ada Lelaki itu sebagai Lelaki Kacak atau Lelaki Selekeh.

Lelaki Kacak pasti tidak akan mengabaikan aspek ini kerana Kacak itu tidak akan terpamer dimuka sebab sudah terbukti banyak faktor yang menyokong untuk menjadikan seseorang Lelaki itu Kacak.

Lelaki Kacak & Keluarga

Lelaki Kacak adalah Lelaki yang tidak abaikan keluarga. Lelaki Kacak semestinya seorang Lelaki yang prihatin, mengambil berat, sanggup membantu keluarga sama ada dari sudut kewangan, pertolongan, pengorbanan, penyayang, dan yang penting, walau sesibuk manapun keluarga tetap diutamakan dalam segala hal.

Lelaki Kacak & Rakan-Rakan

Lelaki Kacak bukannya Lelaki yang bajet Kacak bila berselisih dengan perempuan dan berpura-pura baik saat bersama dengan perempuan. Sanggup berkorban duit, masa dan tenaga konon. Tapi Lelaki Kacak adalah Lelaki yang mengambil berat masalah rakan-rakan, ada saat senang mahupun susah, pandai menyesuaikan diri semasa bergaul dan paling penting tidak mementingkan diri, sombong, kedekut dan bajet Kacak walau hakikatnya cuma Kacak diluar tapi dalaman langsung tak Kacak.

Lelaki Kacak Yang Sebenar-Benar Kacak

Lelaki Kacak yang sebenar-benarnya bukan hanya pada paras rupa, harta, pangkat dan sebagainya tetapi Lelaki Kacak adalah Lelaki yang kacak lahir dan batinnya. Bukan kacak rupa yang dinilai tetapi kekacakan hati yang dipandang oleh Allah. Kriteria sebenar Lelaki Kacak :-

Lelaki kacak seorang yang taat kepada Allah S.W.T dan mengamalkan sunnah Rasululllah S.A.W.


Lelaki kacak mengutamakan kedua ibu bapanya dalam meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.


Lelaki kacak mestilah seorang yang sabar dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatang.


Lelaki kacak menjadikan akhirat sebagai tujuan utama hidupnya.


Lelaki kacak selalu memohon ampun atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan baik disedari mahupun tidak.


Lelaki Kacak tidak lupa untuk bersembahyang 5 waktu sehari semalam.


Lelaki kacak tidak lokek untuk memberi bersedekah sama ada dalam keadaan lapang atau sempit.


Lelaki kacak sanggup bangun malam untuk melakukan qiamulaill, menyerahkan diri kepada Allah saat orang lain sedang asyik melayan mimpi.


Lelaki kacak sentiasa menerap nilai kasih sayang sesama mukmin dan menjalinkan ukhwah diantara mereka.


Lelaki kacak berpegang kepada Amar Makruf Nahi Mungkar.


Lelaki kacak seorang yang amanah, jujur dan tidak memungkiri janji.


Lelaki kacak selalu menjadikan masjid sebagai rumah keduanya untuk mendapat sebanyak mungkin pahala sebagai bekal untuk hari esok.

    Apa pun, ini semua hanyalah dari sudut pandang saya dan sama ada korang nak terima ataupun tidak, itu terserah. Saya yakin bukan hanya dalam topik lelaki kacak saja, kalau topik perempuan comel ke, artis perempuan tercantik ke, artis lelaki kacak ke, dan apa-apa topik sekalipun masing-masing mesti ada pandangan/pendapat dan perspektif masing-masing. Kan? Lain orang lain pandangnya.

    Tak adil kalau ambil saya punya pendapat saja. Jadi, saya pun ada jugak mengambil satu alternatif dengan membuat survey tentang Lelaki Kacak. Semua pandangan dibawah ni semua saya ambil dari fanpage Facebook Realiti Fantasi.

    Ni beberapa pandangan yang saya ambil dari survey yang saya buat.

    Nadzirah Ibrahim : lelaki yang sayang ibunya.

    Firdaus Kamarul : Err.. Perut boroi... Kikikikiki...

    Arman Zafri : pembersih, beradab

    Zulaikha Akhialuz : bajet bagus kalau die perasan yg die disukai..jika dia salah guna kelebihan yg Allah bagi ar

    Nur Aishah Abdullah : bukan dari segi rupanya tapi hatinya yg ikhlas, dan kalau nak kenal lelaki mesti mengambil masa yg lama baru kita akan lebih mengenalinya, contohnya saya...

    Anis Honey : bagi saya,lelaki kacak seorang yang bertanggungjawap,berbudi bahasa dari segi percakapan,hormat orang tua,pndai tentang agama(if x tahu pun,boleh belajar),pandai mengambil hati..dari segi gaya n rupe mesti la kemas n sedap mata memandang..kalau x kemas kusut masai tapi ada apa yg saya tulis kan tadi,x guna jugak kalau x jaga penampilan..ni pendapat saya..;-)

    Ratu LoveStylo : Lelaki kacak bagi ratu adalah lelaki yg bertanggungjawab, berkarisma, berjiwa penyayang. . xperlu bergaya sakan cukup sekadar keterampilan dr sifat n sikap yg buat org tertarik, tutur kata yg sopan, x berkasar terhadap wanita, berjiwa kekeluargaan. . tp yg penting. . TIDAK MEROKOK! Very2 important to ME. . MAMPU MENJADI IMAM WALAU HANYA UNTUK KELUARGANYA. . .

    Amirul Fahmi : Lelaki kacak mesti ada janggut

    Safidah Fieda : Beriman + humble + redha + tidak ego

    Korang boleh jugak baca beberapa entri dari saya yang berkaitan dengan Lelaki Kacak ni :

    Lelaki kacak tidak mempunyai 10 tabiat buruk ini
    Bau ketiak Lelaki Kacak mampu menghilangkan stress perempuan
    37 Fakta mengenai Lelaki Kacak
    Lelaki Kacak selalu melakukan rutin ini
    Lelaki Kacak vs Gadis Comel

    Sebelum terlupa, entri Lelaki Kacak ni sebenarnya merupakan pernyertaan saya dalam Cabaran SEO. Walaupun saya bukannya tergolong dalam kelompok Lelaki Kacak (dari segi rupa), tapi tak salah rasanya untuk saya turut serta.

    Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net, LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com, dan AhmadFaizal.com.
    Tag : , , ,
     
    Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
    D.I.Y Themes ByBelajar SEO