6 cara pikat suami supaya terus sayang

on Tuesday, 17 April 2012

Rutin dan amalan ketika bercinta-cinta dulu haruslah kita kekalkan sehingga telahpun berkahwin. Ini dapat menjamin hubungan saling kasih-mengasihi agar ia terus mekar berbunga hingga ke akhir hayat korang berdua.

Berikut dikongsikan bersama kalian 6 cara yang berkesan dan mudah untuk kalian amalkan sebagai seorang isteri.

Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama


Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan.Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.
Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.

Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia


Anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan. Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.
Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.

Cara 3: Luahkan kata-kata cinta


Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.

Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda


Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua terlibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Cara 5: Gunakan panggilan manja


Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.

Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia


Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda.

Sumber
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO