Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Cara Download Video Youtube Paling Mudah

on Sunday, 22 April 2012

youtube, logo youtube, youtube malaysia

Tidak dapat dinafikan bahawa youtube adalah sumber video utama pada masa kini. Boleh dikatakan hampir semua video yang dikehendaki ada disini. So bila sudah ada video, semestinya ada juga orang yang hendak download video dari youtube. Kali ini aku tunjukkan satu add ons firefox yang bagus untuk download video dari youtube. Dan juga aku sertakan pautan lain yang berkaitan. Sebenarnya kalau ikut aku, lebih suka guna IDM (Internet Download Manager) untuk download video dari youtube.



1. Klik Easy Youtube Video Downloader, add to firefox untuk install.


2. Klik install now, kemudian restart firefox.

3. Apabila buka youtube, anda akan dapati ada tambahan button di bawah video. Sekarang ada sudah boleh mula download lagu kegemaran anda samada dalam bentuk mp3,flv, mp4.

Sebelum


Selepas


 Tambahan: Terdapat banyak lagi add ons untuk download video dari youtube ini rajin-rajinkan la google :)
Tag : ,

Lelaki Kacak

on Friday, 13 April 2012

Sebenarnya aku jarang layan sangat video kat youtube ni. Banyak faktor yang menyebabkan aku tak layan, antaranya line internet yang sangat laju tahap bombastik sehingga kalah dengan siput babi, sibuk dengan rutin harian dan pelbagai lagi. Tapi sewaktu aku tengah jalan-jalan sambil menyelongkar blog si Titan ni, aku terjumpa plak entri pasal Facebook Zaman Dulu-Dulu.

Sebab aku tengah bosan + line internet stabil + dan ada waktu yang terluang, jadi aku layan juga video yang dibuat dengan usaha gigih seorang anak muda berbangsa Cina yang berjaya mengumpul kengkawan dia untuk menjayakan video klip ni.

Permainan Zaman Dulu-dulu, Facebook zaman dulu-dulu, Lelaki Kacak main permainan dulu-dulu


Bagi aku, kenangan seperti ini memang terbaik dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang kembali seperti korang replay video ni! Siapa yang tengok video ni, bagi aku dia seorang Lelaki Kacak. Jadi kalau nak jadi Lelaki Kacak, jom layan sama-sama.












#Si JinnyBoyTv ni juga ada buat banyak lagi video yang best-best. Kalau ada masa, korang bolehlah layan..

Share this entri with your school mates, ex school mates, ex college mates, colleagues to remind them how simple life was back then.

What was your generation like? O.o
Tag : , ,

‘Nama saya Aaron Aziz bukan Mat Haron’

on Tuesday, 3 April 2012

KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.



Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.


Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.


Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai. - myMetro
Tag :

(Gambar) Majlis Pernikahan Azza Elite & Azlan

on Monday, 2 April 2012


Sudah lama tidak melihat kelibat Azza Elite? Atau pun keempat-empat bekas anggota kumpulan Elite ini bersama? Semalam, jurugambar kami telah mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan para peminat.

Apa yang pasti, walaupun majlis ini berlangsung sederhana, namun kegembiraan yang terpancar diwajah kedua-dua mempelai sudah cukup untuk memberikan satu perasaan terharu di hati mereka berdua.

Mari lihat foto di sekitar majlis pernikahan Azza Elite, 34, dan Azlan, 25, dibawah ini!




















kredit to oh!bulan
Tag :

Ingin Berkasih Lagi, Karya Terbaru Damya Hanna

Dunia seni tanah air dilihat semakin berseri apabila bahan bacaan seperti novel semakin mendapat perhatian dan mencetuskan fenomena dalam kalangan penggemarnya. Malah karya-karya yang diilhamkan oleh penulis novel juga mula menjadi perhatian pengarah tempatan untuk diangkat menjadi drama serta filem mereka.

Tidak terkecuali bagi penulis ini, karyanya yang berjudul, Bicara Hati juga pernah diadaptasikan menjadi sebuah drama yang disiarkan di saluran Astro. Nyata kehadiran penulis novel memeriahkan dunia seni hiburan tanah air.

Kembali dengan karya terbarunya, Ingin Berkasih Lagi, novelis terkenal ini mengharapkan karyanya kali ini mendapat sambutan baik dalam kalangan pencinta novel.

Baru sahaja diterbitkan 20 Mac lalu, novel terbitan Alaf 21, Grup Buku Kumpulan Karangkraf ini mempunyai 640 halaman bercetak dengan harga RM25.

Berkongsi pengalaman mengenai karya terbarunya itu, Intan Suhana Ramli atau nama penanya, Damya Hanna berkata, novel kelapannya itu, antara yang paling mencabar untuk dihasilkan.

“Agak sukar menyiapkan novel ini berbanding novel yang lain. Saya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menghasilkannya. Selain sukar membahagikan masa antara pelajaran dan penulisan novel, komitmen yang diberikan juga kurang berbanding dalam penghasilan novel sebelum ini.

“Bahkan saya terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan bapa yang memerlukan lebih perhatian daripada saya dan adik-beradik lain,” ujarnya ramah.

Jelasnya, walaupun cabarannya agak besar, namun agak mudah baginya merangka penulisan novel ini.

“Sebelum ini kebanyakan karya saya hanya difikirkan di dalam kepala sahaja, berlainan dengan Ingin Berkasih Lagi, saya mampu merangka setiap bab yang ada di dalamnya,” katanya yang telah berkecimpung dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi.

Pun begitu, bagi Damya, kehadiran Ingin Berkasih Lagi diharapkan dapat mengubat rindu peminatnya, sementelah hampir tiga tahun penulisannya tidak diterbitkan.

“Novel terakhir saya diterbitkan pada 2009, selepas itu saya mula memberikan tumpuan kepada pelajaran. Bagaimanapun, saya cuba sedaya upaya untuk menghasilkan novel ini. Akhirnya, ia siap juga walaupun memakan masa yang agak lama,” katanya.


Adik sumber inspirasi

Bercerita mengenai ideanya untuk menghasilkan novel ini, jujur Damya mengakui adiknya, Maslia Azura, banyak memberikan bantuan.

“Alhamdulillah, adik antara sumber sumber inspirasi saya. Menerusi novel ini, ideanya saya guna pakai. Kemudian, barulah saya kembangkan dan cantikkan jalan ceritanya.

“Selain pemerhatian yang dilakukan terhadap masyarakat sekeliling, saya turut menggarapnya menerusi penceritaan rakan-rakan dan apa yang dilalui sendiri dalam kehidupan seharian,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan judul, Damya menjelaskan sebelum ini pihak Alaf 21 pernah memberikan tajuk Berani Bercinta Lagi. Namun dia merasakan tajuk itu kurang sesuai dengan novelnya itu.

“Kemudian saya memilih Ingin Berkasih Lagi, memandangkan banyak novel saya menggunakan istilah hati dan cinta, saya menukarkan perkataan cinta tersebut kepada kasih,” ujarnya yang pernah juga terlintas untuk menggunakan judul, Sepenuh Kasih, untuk novel itu.


Bila cinta putus di tengah jalan

Ingin Berkasih Lagi berkisarkan seorang gadis, Isyatul yang pernah bercinta dan putus di tengah jalan. Baginya, bukan mudah untuk menyerahkan hati kepada mana-mana lelaki lagi.

Prinsip, tidak mahu jatuh cinta membuatkan kehidupan yang dilalui teruji dengan kehadiran seorang lelaki. Hatinya tercuit dengan kemunculan Amrin. Kerana kesungguhan cintanya, Amrin melamar Isyatul. Bagaimanapun lamarannya ditolak oleh orang tua Isyatul. Persoalan demi persoalan terbuku di hati Isyatul kerana kecewa dengan tindakan keluarganya.

Pun begitu, hatinya terusik lagi dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

Bagaimanakah agaknya perjalanan cinta Isyatul kali ini? Semuanya dapat dirungkai menerusi Ingin Berkasih Lagi.

- Sinar Harian
Tag :

Sleeq tumpang populariti artis lain?

DUA jejaka kumpulan Sleeq dianggotai Ahmad Syarifullah (depan) dan Alif.

JIKA sebelum ini pendengar mungkin mengenali kumpulan duo Sleeq menerusi kolaborasi mereka dengan Ramlah Ram menerusi lagu Sesaat Kau Datang, atau paling tidak pun single Cun Saja.

Kini Sleeq kembali berkolaborasi tetapi dengan bintang YouTube, Najwa Latif pula menerusi lagu Untuk Dia.

Bukan itu sahaja, kumpulan hip hop dari Singapura itu turut bergandingan dengan Zizan Razak dan Dali Ahli Fikir menerusi lagu Tepi Sikit.

Barangkali sedikit mengejutkan ramai apabila duo itu turut berjaya mencuri tumpuan hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu yang diberi judul Salam Semua untuk album ketiga Sleeq.


Pastinya kesemua kolaborasi tersebut membuatkan sesetengah pihak terfikir adakah kumpulan yang dianggotai oleh Alif Abdullah, 23, dan Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 23, itu sekadar menumpang populariti artis lain yang sudah popular untuk turut meraih populariti?

Kosmo! berkesempatan bersua dengan kedua-dua jejaka yang masih mengikuti program perkhidmatan negara mereka sewaktu sesi fotografi yang diadakan di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menghurai persoalan tersebut.

Kosmo!: Bagaimana Sleeq boleh berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi berkenaan?

SLEEQ: Kami menjalankan sistem pertukaran dengan Najwa Latif. Dia mempelawa kami untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu.

Jadi kami mencipta sebuah lagu untuk Najwa berjudul Sahabat dan dia menyumbangkan lirik dan suaranya untuk lagu Untuk Dia.

Sementara, kami pernah bekerjasama dengan Zizan dan Dali Ahli Fikir untuk projek sempena Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan lagu Tepi Sikit dirakam sejurus selepas kami saling mengenali. Aaron juga ada meminta untuk rap dalam lagu Salam Semua sewaktu pertama kali mendengar demo lagu itu di studio.

Tidakkah kolaborasi ini mendatangkan kesukaran terutama untuk membuat persembahan?

Kami rasa tiada masalah dari sudut itu memandangkan sudah banyak lagu kolaborasi dihasilkan hingga sekarang. Langkah terbaik adalah berbincang sebelum setiap kali menerima undangan membuat persembahan.

Bagaimana tercetus idea untuk menulis lirik?

Setiap lirik yang dihasilkan ikhlas daripada hati berdasarkan pengalaman dan kehidupan seharian. Mungkin melibatkan kisah cinta, kerjaya mahupun kesengsaraan dalam menempuhi ranjau kehidupan. Kebanyakan lirik lagu-lagu kami berkisar ke arah memberi kekuatan dan keyakinan diri.

Berkolaborasi dengan artis-artis popular mungkin juga dilihat sebagai satu kaedah untuk menumpang populariti? Komen anda?

Langsung tidak berniat begitu! Kami bekerjasama bukan sekadar artis tapi juga komposer dan pemuzik yang kami rasakan sekepala serta memenuhi kualiti kriteria yang mereka inginkan. Malah kami bukan memilih yang popular saja. Lagipun, kolaborasi ini dibuat demi konsep album ketiga kami.


Jadi, boleh ceritakan konsep album yang dimaksudkan.

Untuk album ketiga, kami menumpukan kolaborasi berbanding lagu solo. Daripada enam buah lagu dalam album itu, empat daripadanya menampilkan kolaborasi dengan mana-mana artis mahupun penyanyi. Insya-Allah album itu akan dilancarkan pada bulan September ini. Single pula akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Selepas ini adakah Sleeq ingin berkolaborasi dengan artis lain?

Sudah tentu! Antaranya Awie, Hazama dan Azlan. Kami meminati Awie sejak daripada kecil dan bercita-cita untuk berpadu suara dengannya.

Soalan akhir ini khusus untuk Ahmad Syarifullah. Dahulu anda pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Amanda Imani tetapi kemudian putus? Sekarang sudah ada penggantikah?

Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang perkara itu. Bagi saya tutup buku lama, buka buku baharu. Apa yang penting sekarang ini saya mahu fokus kepada karier seni saya ini.

- Kosmo! Online
Tag :

Buka tudung sebab nak jadi popular!

on Sunday, 1 April 2012

Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung untuk jadi popular (glamour). Selain itu, ada juga yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat 'Program Realiti ON AIR' oleh ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Februari lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.


On Air

p/s: betapa hebatnya penangan program realiti yang mampu membuat mereka popular sehinggakan mereka terlupa pada pencipta-Nya. jangan kerana nak popular sanggup melanggar perintah-Nya.
Tag :

(Gempar) Kontroversi Tengku Mahkota Johor Dan Neelofa Bergaduh Di Twitter

Terkini, industri hiburan tanah air digemparkan dengan pergaduhan antara pelakon wanita terhangat masa kini, Neelofa & Tengku Mahkota Johor. Neelofa dikatakan bergaduh dengan Tengku Mahkota Johor di laman twitter, namun tidak pasti sebab dan punca perbalahan itu. Berikut adalah status di twitter yang sempat diambil.


Apa-apa pun, pihak kami berharap agar kalau betul Neelofa & Tengku Mahkota Johor tengah bergaduh di laman Twitter, selesaikanlah dengan cara yang baik. Tak mau gaduh-gaduh naaa.. :)
Tag :

Bawaku Pergi belum diharamkan

Zizan dan Kaka
ATAS lesen kreatif, penggiat seni sering mendambakan kebebasan berkarya yang tiada sekatan. Bagaimanapun, kebebasan secara total sudah tentu tidak praktikal dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Jika sesebuah karya itu dirasakan melanggar batas sosial, agama, bangsa serta menimbulkan ketidakpuasan banyak pihak, pengharaman oleh pihak berkuasa menjadi jalan terakhir.

Pengharaman karya seni bukan sesuatu tindakan asing malah sejak 1980-an lagi, sudah banyak lagu diharamkan atas pelbagai faktor termasuk melanggar aspek sosial, agama, bangsa dan teknikal.

Terbaru, kontroversi pengharaman karya muzik berlaku terhadap lagu berjudul Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak bersama pendatang baharu, Kaka. Lagu ciptaan Malique (Too Phat) disifatkan terpesong daripada budaya apabila lirik-liriknya didakwa mengajak remaja lari daripada rumah seterusnya mengundang gejala sosial seperti hamil luar nikah.

Rungutan paling besar dikeluarkan oleh Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.


Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.

Malique rasa tertindas


Di sebalik isu pengharaman lagu Bawaku Pergi, pihak yang paling teruk terpukul pastinya Malique sendiri. Lebih mengeruhkan keadaan, Malique secara tegas mengecam pihak yang membuat gesaan pengharaman lagu ciptaannya itu sebagai tidak adil dan dibuat untuk berkepentingan politik

"Saya tiada ruang untuk membela diri. Tindakan menggesa pengharaman lagu itu tidak adil yang dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik," kata Malique dalam satu kenyataannya.

Menurut Malique, lirik lagu itu tidak langsung berkaitan dengan isu remaja lari dari rumah. Dia menjelaskan, lagu itu sekadar bercerita mengenai isterinya, Melissa Maureen Rizal untuk pergi bercuti ke Bali.

Dakwa Malique, pihak yang mencetuskan isu berkenaan gagal mentafsir lirik yang ditulisnya. Kata Malique, dia juga memasukkan keinginannya untuk mengembara sehingga ke Indo-China melalui jalan darat. Perkara itu ditulis sebagai 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh' dalam bait lagu Bawaku Pergi.

"Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan masalah saya," beritahu Malique berhubung lagu yang asalnya dicipta untuk dinyanyikan bersama Ella itu.

Lagu Bawaku Pergi akhirnya beralih tangan menjadi single terbaharu buat Zizan dan Kaka atas permintaan Zizan sendiri.

Jelas Malique, tidak semua perkara dalam dunia ini mempunyai niat yang tidak baik dan sekiranya tindakan mengharamkan lagu dilaksanakan, ia seumpama menutup periuk nasinya.

Bawaku Pergi belum diharamkan


Kekecohan yang timbul gara-gara kontroversi lagu Bawaku Pergi bagaimanapun belum berakhir. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sendiri baru-baru ini menegaskan, keputusan pengharaman lagu berkenaan tidak akan dibuat sewenang-wenangnya.

Rais menafikan lagu itu sudah diharamkan kerana sebelum sesebuah lagu dikenakan sekatan penyiaran, pelbagai langkah perlu diambil terlebih dahulu.

Jelas beliau, pihak yang mengadu dan menggesa pengharaman lagu perlu memberikan alasan yang kukuh dari sudut sosial, agama dan kepercayaan atau lain-lain aspek yang mereka rasakan wajar.

"Sesebuah lagu itu perlu diteliti terlebih dahulu oleh jawatankuasa panel penilai sebelum tindakan pengharaman penyiaran diambil," katanya.

Lagu Bawaku Pergi ciptaan Malique itu sepatutnya dinyanyikan olehnya sendiri bersama Ella, namun diberikan kepada Zizan dan seorang penyanyi baru, Kaka, yang bernaung di bawah syarikat pelawak itu, Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd.

Kata Zizan, dia langsung tidak terfikir bahawa lagu berkenaan begitu besar impaknya sehingga boleh mempengaruhi seseorang untuk lari dari rumah seperti yang didakwa segelintir pihak. - Kosmo! Online
Tag :

Fouziah Gous nafi bercinta duda bergelar 'Datuk Seri'

FOUZIAH GOUS

CERITA pelakon tinggi lampai Fouziah Gous dilamun cinta sudah lama diketahui peminat, namun laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini mengenai hubungan cintanya dengan seorang duda yang bergelar 'Datuk Seri' menimbulkan banyak reaksi.

Laporan tersebut mendakwa Fouziah mengesahkan hubungannya dengan seseorang yang dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Wanita berusia 29 tahun itu menyatakan bahawa lelaki tersebut yang merupakan rakan niaga abangnya, melamar Fouziah melalui abangnya.

Fouziah yang popular menerusi drama Trilogi Cinta itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai 'Datuk Seri' kerana masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.


Dia turut mengaku bahawa dia baru sahaja berpeluang untuk keluar bersama dengan lelaki tersebut baru-baru ini.

Sensasi Bintang: Desas-desus mengatakan anda sedang dilamun cinta. Betulkah?

FOUZIAH: Kalau boleh saya tak nak komen lagi mengenai perkara ini. Saya kecewa dan sudah serik untuk memberi kenyataan mengenainya kerana ia telah dimanipulasi oleh portal hiburan terbabit.

Jawapan itu memberi gambaran hubungan Fouziah dengan Datuk Seri tersebut memang berasas. Bagaimana Fouziah mendakwa dimanipulasi?

Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan perkara ini. Sejak berita itu keluar ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan. Sebenarnya laporan itu adalah tidak benar. Memang wartawan berkenaan ada bertanyakan kepada saya mengenai status hubungan saya. Saya memberitahu dia bahawa saya sudah mengenali seseorang tetapi tidak menyatakan sama ada orang bergelar Datuk Seri atau tidak. Apabila artikel itu diterbitkan, lain pula jadinya.

Bagaimana laporan sedemikian boleh keluar sedangkan wartawan berkenaan mendapatkan kenyataan daripada Fouziah sendiri?

Saya pun terkejut tetapi saya telah mendapatkan penjelasan daripada wartawan terbabit. Dia ada meminta maaf atas artikel berkenaan. Dalam penjelasannya, dia memberitahu bahawa tulisannya telah ditokok tambah oleh pihak editor. Saya kasihan juga kepada penulis berkenaan kerana dia menjadi mangsa keadaan. Tetapi hubungan saya dengan wartawan berkenaan tiada masalah, lagipun saya sudah memaafkannya.

Jadi, apakah yang tidak benar daripada artikel berkenaan itu?

Dakwaan kononnya saya bercinta dengan Datuk Seri. Ayat itu tidak pernah keluar daripada mulut saya. Tajuk artikel berkenaan juga tidak benar. Ia telah ditambah dan jauh menyimpang daripada apa yang saya jelaskan ketika diwawancara. Memang saya membuat kenyataan itu tetapi tidak menyebut perkataan Datuk Seri.

Selepas berita itu diperbesarkan, timbul pula isu Twitter daripada akaun Fouziah yang berbaur ugutan kepada wartawan berkenaan. Kenapa hal itu berlaku?

Saya sebenarnya membalas tweet yang dihantar oleh wartawan berkenaan kepada saya. Sebenarnya tiada apa-apa niat pun kerana dia terlebih dahulu telah meminta maaf daripada saya.

Kenapa tweet tersebut pula menjadi isu?

Sebenarnya saya tidak sangka pun ia akan menjadi isu besar kerana saya tidak berniat untuk mengugut wartawan berkenaan, saya cuma bergurau dengannya. Tiba-tiba sebuah portal hiburan lain memperbesarkan isu tweet itu tanpa mendapatkan kenyataan daripada saya mahupun wartawan berkenaan. Saya sakit hati apabila pihak berkenaan tidak menghubungi saya untuk mendapatkan ulasan.

Ada apa-apa tindakan lain yang ingin dilakukan?

Saya tidak mahu perbesarkan isu ini. Saya tidak mahu komen lebih. Semuanya sudah selesai. - Kosmo! Online
Tag :

Agnes Monica kalahkan Justin Bieber dalam acara Shorty Awards 2012

MENDAPAT jolokan 'The supertalented Agnes Monica' dalam kalangan media Indonesia, penyanyi lagu Matahariku itu benar-benar mahu membuktikan kepada para peminatnya bahawa dia serius mahu menawan pentas antarabangsa.

Akhir Februari lalu, namanya tercatat sebagai Penyanyi Terbaik untuk acara Shorty Awards 2012. Namanya juga tercalon dalam kategori Persembahan Busana Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Muzik Terbaik dan Selebriti Terbaik.

Bertanding dengan bintang-bintang popular seperti Justin Bieber, Greyson Chance dan Lady GaGa, Agnes bagaimanapun berjaya merangkul hadiah penghargaan untuk Artis Paling Popular berdasarkan undian.

"Saya ucap syukur kepada tuhan atas kemenangan ini. Saya dari Indonesia. Saya tidak pasti sama ada kalian semua tahu atau tidak, tetapi orang-orang dari negara sedang membangun seperti saya, pencapaian ini sangat besar maknanya," katanya ketika menerima trofi pada majlis yang berlangsung awal minggu lalu di New York, Amerika Syarikat itu.

- Kosmo! Online
Tag : ,

Cerita cinta Yana, Pierre

KETIKA berputik kuntum cinta, jiwa mereka masih terlalu rapuh, masih terlalu hijau untuk mengenal sejuta warna yang bakal dihadapi kemudian hari.

Barangkali mudah untuk diberi nama 'cinta monyet', tetapi cinta zaman remaja itulah yang mematangkan pemilik nama Pierre Andre dan Yana Samsudin untuk membezakan realiti dan betapa cinta itu mampu dimanipulasi.


Momen cinta manis mereka sudah hampir ditelan waktu. Hampir enam tahun peristiwa berlalu namun menjelang 5 April nanti, kenangan itu akan menjelma semula di layar perak menerusi 3 Temujanji, filem pertama yang menggandingkan bekas pasangan kekasih itu sebagai pasangan romantik.

Buat Pierre Andre dan Yana sendiri, itu bukan kali pertama mereka bekerjasama selepas putus cinta sekitar 2007. Yana sendiri pernah bertindak sebagai pengarah manakala Pierre berlakon di bawah arahan debutnya untuk filem Selamat Pagi Cinta (2008).

Melihat siri perjalanan yang dilalui dua pelakon berjiwa pengarah itu mencongak kehidupan, masing-masing sedang progresif meninggalkan titik hitam. Masa lalu menjadi ubat manakala hari muka pula tidak perlu ditagih kepastiannya sehingga ia datang membuka rahsia kehidupan.

Fantasi cinta Pierre


Norliana Samsudin, 28, tersenyum simpul saat diminta menterjemah siapa lelaki bernama Mohd. Pierre Andre Nazatul Andre itu di mata hatinya. Dia kelihatan lega, seolah-olah hubungannya bersama bekas kekasihnya itu langsung tidak berparut dalam jiwa.

"Dari segi karier, saya seperti sedang mengejar langkah Pierre. Saya sedang menghampiri tahap yang sedang dijejakinya. Memang tak sangka bahawa saya akan dipadankan sebagai heroinnya dalam sebuah filem. Kalau dahulu, hanya Fasha Sandha atau Fazura yang jadi kekasihnya, sekarang saya pula. Bezanya, Pierre jadi hero saya setelah kami tiada apa-apa hubungan cinta," katanya dalam nada selamba.

Menambah dalam nada yang lebih tegas, kata Yana, mereka disatukan dalam filem kerana anugerah yang dimenangi.

Bercerita tentang watak Reanna lakonannya dalam 3 Temujanji yang mempunyai sedikit persamaan dengan sikap benar dirinya, Yana bagaimanapun mengakui, ada ketikanya dia hampir hanyut dibuai romantik Pierre.

"Dari segi prinsipnya, Reanna hampir sama dengan saya yang tidak percayakan cinta dan menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki akan berlangsung tidak lebih daripada tiga temu janji sahaja. Selepas tiga temu janji, mereka akan berpisah.

"Tapi selepas Sein muncul, Reanna sedikit keliru. Bukan Reanna sahaja, jantung saya sendiri sebagai Yana juga seperti direntap dengan kuat. Dalam satu babak, Sein datang untuk melamar Reanna dalam keadaan cukup romantis. Saya tengok muka dia, saya jadi keliru sama ada itu Sein atau Pierre, betul ke lakonan, saya teringat masa saya bersama Pierre dahulu, cinta kami bukannya romantik sangat. Jadi bila dia mahu melamar saya sebegitu, saya terleka kemudian tersedar semula bahawa itu hanya fantasi. Nasib baik, ada satu benda yang membuatkan getaran saya agak berkurangan," katanya hampir dibuai aksi cinta Pierre.

Tatkala diusik kemungkinan mereka kembali dilamun cinta, Yana masih dengan pendiriannya. Seraya menjelaskan, dirinya seorang abstrak yang boleh memberi dan menerima mana-mana cinta lelaki dalam filem tapi dalam kehidupan sebenar dia masih bersifat tertutup.

"Saya ada ramai kawan lelaki, tapi entahlah, saya masih belum bersedia untuk ada komitmen cinta, hidup saya pada karier dan keluarga. Memang jalan untuk saya dan Pierre sedang terbuka, tapi hati saya belum terdetik untuk cinta," katanya membongkar sebuah cerita yang mungkin tidak pernah diketahui mana-mana pihak.

Tambah Yana, dia pernah menyepi selama setahun.

"Ramai yang tidak tahu saya ke mana. Bila saya muncul semula, ada orang beritahu saya bahawa Pierre memang mencari saya kerana dia mahu melamar saya. Saya terkejut tapi hasrat itu habis begitu sahaja," katanya.

Pierre sayangkan Yana


YANA pernah ada debar saat menangani aksi romantik Pierre dalam 3 Temujanji.
Sebagai mukadimah, jatuh bangun Pierre Andre, 27, sepanjang berada dalam industri begitu ketara. Dia pernah dikenali sebagai pelakon dan pengarah yang punya masa depan cerah namun ketika namanya di atas, Pierre terjatuh ke dalam masalah dalaman yang hampir membunuh reputasinya. Peristiwa bergaduh dengan wartawan, penerbit serta krisis cinta membuatkan nama Pierre hampir tenggelam.

"Ya, saya akui graf karier saya sangat ketara turun-naiknya. Saya sendiri sukakan graf, sukakan warna, suka rasa sakit. Dahulu saya muda, ketika saya naik umur saya baru 21 tahun.

"Mula-mula popular, saya ingat semua itu seronok, semua orang beri perhatian kepada saya. Tapi bila berlaku tekanan, barulah saya kenal diri saya. Sebenarnya, saya tidak boleh hidup dalam keadaan begitu. Saya pernah rasa mahu berhenti berlakon, saya sudah putus asa tapi sekarang semuanya sudah kembali normal. Graf itu bagus," Pierre mengungkap sketsa hidupnya dalam gaya pemikir.

Agak lama Pierre tidak muncul untuk sesi fotografi sebegini, secara telitinya, pengarah yang sedang mengarahkan filemnya yang ke-10 itu sedikit berisi. Pantas pula dia mengakui, beratnya kini mencecah 91 kilogram (kg).

"Dulu berat saya dalam lingkungan 70 kg sahaja," katanya.

Sama juga seperti kekasihnya dalam filem 3 Temujanji itu, Pierre juga selesa diajak bercerita tentang keserasian mereka yang tidak pernah terjejas oleh kisah putus cinta. Di mata Pierre, Yana sekarang sudah jauh meninggalkan imej Yana yang dikenali sejak zaman remaja dahulu.

"Melihat Yana, saya jadi seronok dan kagum. Memang kami pernah bersama sebagai kekasih tapi ketika itu masih terlalu muda, masih tiada arah tuju. Mungkin perpisahan itu ada hikmahnya, kalaupun kami berkahwin mungkin kami tidak jadi seperti apa yang ada pada kami ketika ini," ujar Pierre.

Tidak menyembunyikan perasaannya yang masih berbaki sayang terhadap Yana, Pierre sendiri mengakui, kehadiran Yana Samsudin yang dikenalinya daripada lokasi drama Tarian Melayu Terakhir itu sebenarnya memberi impak besar dalam hidupnya.

"Saya jenis anak mak, di belakang saya kena ada seorang wanita. Kalau bukan ibu saya, maka Yana ialah wanita itu. Dia menyokong karier saya ketika saya bukan lagi sesiapa. Kami pernah sama-sama susah. Bila bertemu semula selepas berpisah, saya lebih menghormatinya.

"Tapi, saya tidak mahu lagi bercakap soal cinta. Bagi saya cinta itu memenatkan. Saya pernah merancang untuk berkahwin, tetapi bila tidak kesampaian ia jadi pengalaman cinta terakhir yang sangat menyakitkan. Sekarang, saya hanya mahu berserah kepada jodoh, kalau Yana jodoh saya, saya terima," bicaranya lancar berbunyi jujur.

Ambil karakter bapa


Lari seketika dari lokasi Kita yang meletakkan Yana sebagai heroin di sisi Pekin Ibrahim manakala Pierre sendiri sebagai pengarah, pasangan bekas kekasih itu juga baru selesai penggambaran sebuah filem berjudul Cinta Strawberry.

Ditanya tentang kelainan lakonan yang bakal dipersembahkan, Pierre tiada jawapan lebih mengujakan selain mengharapkan 3 Temujanji memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan.

"Kalaulah saya berlakon bawah arahan Karan Johar, mungkin filem lakonan saya itu akan sangat hebat. Filem itu arahan Hashim Rejab, dia sahabat saya dan saya tahu apa yang cuba dilakukan olehnya," ujar Pierre yang meniru karakter bapanya untuk menjiwai watak Sein dalam 3 Temujanji. - Kosmo! Online
Tag :

Neelofa pernah berdepan gangguan seksual!

KUALA LUMPUR: Pantang melihat ada artis baru memiliki pakej lengkap sebagai wanita idaman, segelintir orang kenamaan (VIP), pengarah, penerbit dan promoter konsert berlumba-lumba menjerat artis terbabit dengan pelbagai umpan seperti kemewahan dan kejayaan segera dalam industri seni tanah air.

Dasar lelaki hidung belang, mereka tidak mampu menahan naluri seks luar biasa sebaik menyedari kehadiran artis baru berwajah cantik, kulit putih gebu dan badan menggiurkan, sekali gus giat pasang jerat.


Jika tersilap langkah, boleh tergadai maruah. Itu risiko dihadapi artis wanita, terutama artis baru ‘bergetah’ yang terdedah dengan gangguan seksual dalam meneruskan karier seni mereka.

Memang ada pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, namun perkembangan negatif seperti itu sebenarnya tidak harus kekal dalam industri hiburan tanah air yang boleh mencerminkan imej tidak baik pada mata masyarakat.

Ikuti pengalaman Neelofa, Hanez Suraya, Nas Adila, Fiza Elite dan Ani Mayuni dengan mendapatkan akhbar Metro Ahad yang pernah berdepan gangguan seksual sepanjang karier mereka.


Hanya lima hingga 10 peratus artis yang mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) biarpun jumlahnya dikhuatiri lebih ramai.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku.


Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.

“Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.


“Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh,” katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.


Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.


“Mereka juga diminta hantarkan sekali surat aduan atau bukti, jika ada. Kalau tak boleh hantar surat, e-mel saja ke presidenseniman@gmail.com atau dzed.resources@yahoo.com. Ia hanya untuk rekod dan sekurang-kurangnya ada hitam putih.

“Saya tahu ada artis malu dan takut untuk buka mulut. Namun, kes begini perlu didedahkan untuk kebaikan semua pihak, khususnya artis itu sendiri. Setiap kes boleh jadi pengajaran untuk orang lain yang mahu mencuba nasib sebagai artis,” katanya.


Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja menjejaskan nama baik industri hiburan pada mata masyarakat, malah turut merosakkan masa depan artis terbabit, lebih-lebih lagi jika individu itu memiliki gambar atau video lucah artis terbabit.


“Dunia hiburan kita bukan besar sangat. Pusing pusing, mereka akan bertemu kembali. Kadangkala jika artis itu bermasalah dengan mereka, diugut pula akan menyebarkan gambar atau video itu,” katanya.


Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan kini mengumpul bukti.


“Kita tahu siapa mereka. Buat masa ini kita mengumpul bukti sebelum tindakan diambil, termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya. - myMetro
Tag :

Gosip Fiffy Natasya Buka Tudung Sebab Kejar Glamour

on Saturday, 31 March 2012

Fiffy Natasya sebelum ini dikatakan seorang wanita yang bertudung. Namun, sejak popular dia sudah tidak bertudung lagi. Dakwaan Fiffy sudah tak bertudung timbul kerana pada usia lapan tahun, dia pernah bertudung ketika menyertai kumpulan Wardah dan mengeluarkan tiga buah album kerohanian dan doa.

“Hakikatnya, dalam kehidupan sebenar, saya memang tidak bertudung. Cuma kebetulan ketika zaman kanak-kanak saya pernah memakai tudung kerana terlibat dalam projek lagu-lagu kerohanian.


“Saya tidak perlu hipokrit dan mengakui saya tidak bertudung. Jadi dakwaan yang mengatakan saya membuka tudung semata-mata untuk menceburi bidang seni adalah tidak betul,” katanya

Pelakon yang semakin dikenali selepas membintangi drama popular Vanilla Coklat di TV3 ini berkata, dia tidak mahu merunsingkan fikirannya dengan apa pun pandangan atau kritikan orang ramai kerana dia sentiasa peka terhadap gerak-gerinya.

“Saya tidak kisah apa juga orang hendak cakap tentang saya kerana saya tahu apa yang dilakukan sentiasa berada pada landasan yang betul serta dipantau oleh ibu bapa.

“Tidak bertudung bukan bermakna saya berkelakuan liar atau nakal. Saya jarang keluar bersiar-siar kecuali dengan keluarga jadi rasanya tidak timbul isu yang boleh mengaitkan saya dengan kontroversi atau perkara-perkara negatif,” katanya.

Kini Fiffy masih lagi belajar di kolej SEGI dalam jurusan Farmasi. - Sumber
Tag :

Gambar Neelofa Terkini! HOT! 5 Gambar Neelofa Yang Seksi

GAMBAR TERBARU NEELOFA YANG SEKSI! | Salam satu malaysia semua.kenal neelofa tak?.kalau tak kenal maknanya u pti..hahaha..Neelofa memang seksi lagi hot setiap kali bergambar dengan style pakaian yang simple tapi moden boleh membuatkan mata korang tidak berkelip selama sejam atau lebih.. :).. betulkan..bagi yang lelaki,bagi wanita mungkin tak lah,tapi perasaan jelous tu mesti ada walaupun secubit..hehehe..



Ok sebenarnya gambar neelofa yang ingin saya kongsikan pada korang semua ini adalah hasil pencarian daripada seorang member blogger iaitu http://kudinstory.blogspot.com.entah darimana punya sumber lah dia dapat gambar neelofa terbaru ni,memang terbaru sebab sebelum ni saya belum pernah jumpa pandang lagi gambar-gambar neelofa ni.tapi apa-apa pun gambar neelofa ni memang yang terbaru lah kot mac 2012.jom layan...



Tag :

Gambar Lisa Surihani Sewaktu Zaman Sekolah Menengah!

Lisa Surihani seorang pelakon yang berbakat. Tentu ramai yang nak tengok gambar-gambar Lisa Surihani sewaktu zaman muda mudi dulu kan? Hehe, pihak kami baru saja menjumpai gambar Lisa sewaktu Lisa masih bersekolah menengah. Apa-apa pun, jom cekidaut gambar dia. Zasss~




P/s : Btw, gambar ni jer tinggal dalam wallet I. Banyak kenangan kita lalui bersama. Takpelah, I doakan U bahagia. Muahahahaha.
Tag :

Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi

MALIQUE

KONTROVERSI lagu duet Zizan Raja Lawak dan Kaka, Bawaku Pergi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Zizan dikatakan sudah menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semalam yang mahu lagu itu dihentikan sementara siarannya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisar kisah kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.


Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ.

Pada asalnya, lagu Bawaku Pergi adalah lagu Ella berkolaborasi dengan saya, tetapi diberikan kepada Kaka dan Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang niat lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan daripada pihak berkuasa yang telah menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang lain.

ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut.

Katanya: “Saya minta maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.”

Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpurpada Rabu lepas.

Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?

ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?

Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.

Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.

Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?

Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.

Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.

Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.

Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.

Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.

Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?

Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja. - Kosmo! Online
Tag :
 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO