10 Gambar Yang Menggegarkan Dunia Berserta Kisah Disebaliknya!

on Thursday 5 April 2012

Pengeboman Atom Hiroshima dan Nagasaki



Gambar di atas memaparkan satu-satunya peristiwa penggunaan aktif bom-bom atom dalam sejarah manusia. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjatuhkan dua buah bom atom ke atas bandar-bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Kesannya, 90,000 hingga 160,000 orang terbunuh di Hiroshima dan 60,000 hingga 80,000 di Nagasaki.

Hukuman Bunuh Ke Atas Seorang Tentera Vietcong


Foto di atas bertajuk “Jeneral Nguyen Ngoc Loan menghukum seorang banduan Viet Cong di Saigon”, dan dianggap antara gambar-gambar paling terkenal dalam sejarah kewartawanan. Jurugambar Amerika, mendiang Edward Adams dianugerahkan hadiah Pulitzer bagi gambar yang menunjukkan Ketua Polis Nasional Vietnam Selatan, melaksanakan hukuman bunuh ke atas seorang tentera Vietcong.

Serangan 11 September



Pada September 2001, keganasan melanda Amerika apabila dua kapal terbang penumpang dirampas oleh anggota-anggota pertubuhan Al-Qaeda dan menghentam menara berkembar di New York dan menyebabkan kematian 3,000 nyawa yang tidak bersalah. Beberapa gambar menunjukkan beberapa orang yang terperangkap terjun kerana menyelamatkan diri dari dibakar api marak, yang menyebabkan mereka terbunuh.

Penjara Abu Gharib


Setahun selepas penaklukan Iraq, laporan-laporan penyiksaan, rogol dan pembunuhan terhadap banduan-banduan yang ditahan di penjara Abu Gharib telah muncul, dan pelakunya ialah pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat dibantu oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Anak Kecil dan Burung Hering


Gambar ini diambil oleh seorang jurugambar Afrika Selatan, mendiang Kevin Carter, menunjukkan seorang anak kecil Sudan yang kebuluran berhenti untuk merehatkan tubuhnya yang lemah dalam dia merangkak ke arah pusat makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berdekatan, manakala burung Hering berada dekat dengannya untuk meratah tubuhnya bila dia mati. Gambar ini telah membolehkan Carter dianugerahkan hadiah Pulitzer, malang sekali imej ini sentiasa menghantui Carter, menyebabkan dia dilanda kemurungan dan akhirnya membunuh diri.

Bapa Palestin Melindungi Anak Lelakinya



Gambar-gambar di atas ialah dari satu senario yang diambil oleh jurugambar France 2 berdekatan Semenanjung Gaza. Video ini menunjukkan seorang lelaki Palestin, Jamal Al-Durrah, cuba melindungi anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Muhammad Al-Durrah, dalam pada berlindung di balik sebuah dinding konkrit, memberikan isyarat dan meminta tentera Israel berhenti menembak. Anak lelaki Jamal telah ditembak mati manakala Jamal pula cedera parah.

Hector Pieterson (Pemberontakan Soweto)


Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan Soweto pada tahun 1976 di Afrika Selatan, apabila dia ditembak mati oleh pihak polis yang menghalang protes para pelajar. Dalam gambar diatas, mayatnya diangkat oleh seorang rakan pelajar.

Pengebumian Seorang Anak Kecil Yang Tidak Dikenali (Bencana Bhopal)


Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal pada tahun 1984 di mana gas toksik telah dilepaskan dari sebuah loji racun serangga. Terdapat 40,000 kes lagi disahkan menyebabkan penyakit dan kecacatan.

Pembunuhan Dua Pemuda Kulit Hitam Oleh Sebuah Kumpulan


Foto yang mengejutkan ini menunjukkan dua pemuda kulit hitam dibelasah dan digantung sampai mati oleh sekumpulan orang kulit putih kerana dituduh merogol seorang gadis kulit putih dan membunuh teman lelakinya. Apa yang lebih teruk dari keadaan mayat yang berlumuran darah ialah wajah gembira orang-orang yang terlibat bertindak sendiri menghukum mereka.

Orang Yahudi Terakhir Vinnisa


Orang Yahudi Terakhir Vinnisa” (Kiri) menunjukkan seorang lelaki Yahudi sedang melutut di hadapan satu kubur besar-besaran hendak ditembak kepala oleh seorang anggota Skuad Maut SS Paramilitari, Einsatzgruppe D.

sumber : lolmedia.my
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO