HOT! Siti Saerah selamat melahirkan anak kedua

on Sunday 18 March 2012

Tahniah di ucapkan kepada adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah apabila dia selamat melahirkan anak keduanya seorang lelaki tepat jam 7.55 petang tadi di Hospital Besar Kuantan.

Saerah khabarnya bersalin secara normal dengan ditemani oleh suami tercinta.

Kakaknya, Saida yang dihubungi melahirkan rasa syukur dan gembira.

"Alhamdulillah Saerah selamat bersalin anak kedua. Pastinya selepas ini bertambah lagi tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

"Pesan saya, kuatkan semangat dan ingat pengorbanan ibu menjaga anak-anak. Berikan dan curahkanlah sepenuh kasih dan sayang kepada anak-anak seperti mana ibu dahulu membesarkan kesemua anak-anaknya," kongsi Saida gembira.

Terlebih dahulu Saerah dimasukkan ke hospital tepat jam 3 petang dan berada di bilik bersalin hampir empat jam.

Selain Saida, turut berada di hospital adalah ibu dan adik-beradik lain kecuali Dato' Siti dan Ayie.


Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO