Anak Rozita Che Wan 'hilang' sudah ditemui

on Sunday, 18 March 2012

SHAH ALAM - Dengan tidak semena-mena, nama Aniq Ezra, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan menjadi 'trending topic' untuk pengguna di Malaysia menerusi laman Twitter, semalam.

Khabar yang masih belum disahkan benar ini mengatakan Aniq Ezra , 14, dilaporkan hilang dan dikatakan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang semalam.

Tambah menguatkan cerita, Rozita turut memesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan dengan segara.

Berita kehilangan Aniq Ezra telah menjadikan satu hashtag, #prayforAniqEzra popular.

Namun, status terkini laporan daripada pengguna di Twitter mengatakan Aniq Ezra sudah ditemui dan berada di rumah rakannya.

Malah, Aniq Ezra juga telah menghantar satu twitter mengucapkan terima kasih atas hashtag # prayforAniqEzra.

Menurut perbincangan di laman Twitter, Aniq Ezra lari ke rumah rakannya kerana merajuk dengan emaknya.

Bagaimanapun, dia dikatakan telah selamat pulang ke rumahnya.


Kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan kerana ia hanyalah melalui perbincangan di Twitter.

Zass Sinar Harian cuba mendapatkan Rozita bagi mengesahkan hal itu, namun tidak dapat dihubungi.

Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO