Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Cara Download Video Youtube Paling Mudah

on Sunday, 22 April 2012

youtube, logo youtube, youtube malaysia

Tidak dapat dinafikan bahawa youtube adalah sumber video utama pada masa kini. Boleh dikatakan hampir semua video yang dikehendaki ada disini. So bila sudah ada video, semestinya ada juga orang yang hendak download video dari youtube. Kali ini aku tunjukkan satu add ons firefox yang bagus untuk download video dari youtube. Dan juga aku sertakan pautan lain yang berkaitan. Sebenarnya kalau ikut aku, lebih suka guna IDM (Internet Download Manager) untuk download video dari youtube.



1. Klik Easy Youtube Video Downloader, add to firefox untuk install.


2. Klik install now, kemudian restart firefox.

3. Apabila buka youtube, anda akan dapati ada tambahan button di bawah video. Sekarang ada sudah boleh mula download lagu kegemaran anda samada dalam bentuk mp3,flv, mp4.

Sebelum


Selepas


 Tambahan: Terdapat banyak lagi add ons untuk download video dari youtube ini rajin-rajinkan la google :)
Tag : ,

12 Software Yang Wajib Ada Dalam Komputer/Laptop

on Wednesday, 18 April 2012

Setiap software semua adalah versi percuma dan tak perlu keluarkan duit sesen pun. Dan ia adalah terbaik yang pernah aku pakai dan guna sekarang. Laptop aku jadi mantop dan smooth je..

1. Software Free Antivirus yang terbaik sepanjang zaman:

Note: Jangan install ketiga-tiga antivirus ini dalam komputer/laptop anda. Ia boleh menyebabkan komputer/laptop anda jadi hang sebab ia akan jadi pening kerana ketiga-ketiga antivirus telah aktif. Install salah satu antivirus seperti diatas. Pastikan juga anda selalu update antivirus anda.

2. Ccleaner - Software yang clean segala-gala fail-fail sementara dalam komputer/laptop anda seperti:
  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Google Chrome
  • Opera
  • Safari
  • Windows – Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files dan Log files.
  • Registry cleaner
  • Third-party applications
  • 100% Spyware FREE

Note: Pastikan anda dapatkan yang terkini di http://www.filehippo.com/download_ccleaner

3. 7zip - Open Source software yang unzip fail-fail yang mempunyai kapasiti yang besar dan boleh mengecilkan fail-fail kepada saiz yang dikehendaki. Ia menyokong fail-fail yang berformat 7z, ZIP, GZIP, BZIP2, TAR, ARJ, CAB, CHM, CPIO, DEB, DMG, HFS, ISO, LZH, LZMA, MSI, NSIS, RAR, RPM, UDF, WIM, XAR dan Z. Download disini http://www.7-zip.org/download.html

4. Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera - Ketiga-tiga browser ini mempunyai kelebihan dan kehebatan sendiri:

5. PDF Creator - Satu lagi software dari open source yang aku selalu guna untuk create pdf. Download disini http://sourceforge.net/projects/pdfcreator

6. CPE17 Antiautorun Killer - Software yang remove virus dari external HD dan pendrive. Made In Thailand punyer..Tapi jangan risau..ia ada dua bahasa iaitu Thailand dan English. Anda perlu copy ke drive C dan klik 2 kali..Ia akan tertera di Tray windows komputer/laptop anda. Download disini CPE17 Antiautorun Killer

7. Adobe Reader atau Foxit Reader - Software yang wajib perlu ada dalam komputer/laptop anda. Ia ditugaskan untuk membaca fail pdf.

8. Adobe Flash Non IE dan Adobe Flash IE - Setiap komputer/laptop memerlukan software ini untuk melihat animasi dalam sesuatu website. Anda boleh download software disini: http://www.filehippo.com/download_flashplayer

9. Adobe Shockwave - Membenarkan anda melihat kandungan web interaktif seperti games, business presentations, entertainment dan advertisements dari web browser anda. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_shockwave

10. Java Runtime Environment - Download sini http://www.filehippo.com/download_jre_32

11. Teracopy - Untuk melajukan proses copy dan paste sesuatu fail. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_teracopy

12. Unlocker - Jika anda mempunyai masalah tidak boleh delete fail contohnya Access Is Denied, software ini akan membantu anda untuk delete fail tersebut. Malah ia boleh melajukan sistem windows anda. Download http://www.filehippo.com/download_unlocker

Ya, itulah 12 software percuma yang perlu anda install dalam komputer/laptop anda. Tiada bayaran dan ia adalah percuma.

Tag :

iPad baru lebih hangat dari biasa

on Thursday, 22 March 2012

SAN FRANCISCO: Sebuah pertubuhan pemantau pengguna semalam mengingatkan, iPad terbaru Apple agak hangat berlebihan untuk digunakan.

Consumer Reports menyatakan, iPad generasi baru dengan pemproses lebih berkuasa itu boleh mencapai suhu 46.6 darjah Celsius, terutama apabila digunakan untuk permainan video.



Jurucakap Consumer Reports, James McQueen, berkata iPod terbaru itu lebih hangat berbanding versi sebelumnya.

“Orang ramai perlu berhati-hati.


“Kami tidak mendakwa produk itu berbahaya, tetapi pada suhu itu, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa,” katanya.


Menurut Consumer Reports, iPod generasi ketiga itu 12 darjah lebih hangat berbanding iPad 2 ketika berfungsi sebagai alat permainan video atau memuat turun fail besar, berpusat di satu sudut belakangnya. - AFP
Tag : ,

iPad 3 Jadi Rebutan

on Saturday, 17 March 2012

LONDON - Peminat kembali membanjiri kedai-kedai komputer Apple di Asia dan Eropah semalam bagi mendapatkan versi terbaharu komputer tablet syarikat berkenaan, iPad 3.

Peminat gajet berbaris panjang bagi mendapatkan komputer tablet terbaharu itu di Britain, Perancis, Jepun, Hong Kong dan Singapura,.

Di Tokyo, sekitar 450 orang beratur di luar sebuah kedai Apple.


Sebahagian mereka sanggup bermalam di luar premis berkenaan kerana mahu menjadi antara kumpulan pertama yang memiliki iPad 3.

"Saya mahu menunjukkan komputer ini kepada rakan-rakan," kata seorang perunding komputer berusia 33 tahun, Norio Nakayama di luar kedai tersebut.

"Saya akan memberikan iPad lama saya kepada isteri saya," tambahnya.

Di Hong Kong pula, hari pertama jualan iPad 3 menyaksikan komputer itu bertukar tangan apabila ia dijual beberapa ratus dolar Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi berbanding harga jualan.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, seorang peniaga membeli dua iPad 3 versi 32 gigabit pada harga bersamaan AS$1,700 (RM5,201) daripada seorang pelanggan yang membayar AS$1,200 (RM3,670) untuk dua gajet berkenaan.

Versi ketiga iPad itu turut dijual di Australia, Jerman dan Switzerland semalam serta boleh dibeli di AS dan Kanada bermula pukul 8 pagi waktu tempatan manakala 25 negara lain akan mula menerima komputer tersebut seminggu kemudian.

Model iPad 3 dilengkapi pemprosesan lebih pantas dan skrin lebih jelas.

Ia juga didatangkan dengan kamera lebih bermutu seperti yang terdapat pada iPhone terbaharu.

Walaupun gajet itu berdepan saingan sengit daripada komputer tablet murah seperti Kindle Fire, iPad kekal sebagai komputer tablet paling popular.


Apple menjual lebih 55 juta komputer iPad sejak ia mula memasuki pasaran pada 2010 termasuk 40 juta unit pada tahun lalu. - Agensi
Tag :
 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO