Tiga Pemain Terbaik EPL!

on Saturday 17 March 2012

PENYERANG Barcelona, Lionel Messi menyenaraikan Wayne Rooney, Sergio Aguero dan Robin van Persie sebagai tiga pemain terbaik yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Pemain Argentina itu kini bersaing sengit dengan Cristiano Ronaldo untuk menjadi penjaring terbanyak di Sepanyol musim ini.

Bekas penyerang United dari Portugal itu menjaringkan 32 gol liga untuk pasukannya Real Madrid, berbanding 30 jaringan daripada penyerang Barca itu.


Dia mengakui ada beberapa pemain di England yang dikaguminya.

“Terdapat beberapa pemain berkualiti dalam Liga Perdana Inggeris seperti Kun Aguero yang juga rakan saya. Saya menggemari cara permainannya,” katanya.

“Rooney dan Van Persie bermain dengan baik, mereka adalah pemain yang hebat.”

Barcelona kini ketinggalan dalam saingan memburu gelaran La Liga apabila pasukan juara itu ketinggalan 10 mata berbanding pasukan Madrid yang dikendalikan Jose Mourinho.

Biarpun tidak dinafikan dia akan mengesahkan kedudukannya sebagai antara yang terhebat, Messi mengakui tidak pasti siapa pemain terbaik yang pernah bermain dengannya.

“Saya bertuah kerana sentiasa mempunyai rakan sepasukan yang baik,” kata pemain berusia 24 tahun.

“Saya bertuah dapat beraksi bersama Ronaldinho, Deco, Samuel Eto’o, dan ketika ini dengan Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas. Sukar untuk memilih yang terbaik.

“Semua pemain itu begitu menakjubkan dan saya bernasib baik dapat bermain dengan mereka, melalui pengalaman itu dan bermain dengan mereka, ia sesuatu yang hebat.”

Malah bukan sesuatu yang mengejutkan untuk mengetahui bahawa Messi memperbaiki permainannya sejak muda lagi di mana dia sentiasa mengawal bola, kerana dia jauh lebih baik berbanding rakan sepasukannya.

“Setiap kali saya mendapat bola, saya jarang melakukan hantaran tetapi saya cuba membuatkan semua orang menghantar bola kepada saya.

“Tiada siapa yang sama antara satu dengan lain. Saya fikir setiap pemain mempunyai gayanya sendiri dan kami semua berbeza.”

Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO