Kisah 3 Muslimah dalam Anissa

on Friday, 16 March 2012

Mulai 18 Mac, penonton TV AlHijrah akan dihidangkan sitkom terbaru, Annisa. Sitkom 13 episod ini akan bersiaran setiap Ahad jam 8.30 hingga 9 malam. Dibintangi Raja Farah sebagai Tria, Sariyanti sebagai Nita, Diana Amir sebagai Audy, dan Bienda sebagai Lili, Anissa mengisahkan kehidupan tiga Muslimah moden yang mengendalikan perniagaan kafe di Chicago.

Saksikan bagaimana tiga Muslimah ini bertungkus-lumus menguruskan kehidupan masing-masing dan pada masa sama melanjutkan pelajaran. Menjanjikan pelbagai emosi kepada penonton, pastinya gelagat tiga Muslimah yang bijak, berdikari, dan bersifat lucu ini mencuit hati penonton.


Annisa, siri sitkom terbaru terbitan Primeworks Studio untuk TV AlHijrah yang memaparkan isu-isu semasa yang relevan dengan kehidupan masyarakat dan diselitkan nilai moral dalam bentuk infotainment. Punya karakter tersendiri, Tria lakonan berkesan Raja Farah, seorang yang menghargai seni. Cara pembawaan yang santai membuatkan watak Tria disukai ramai.

Di sebalik penampilan yang meyakinkan, Tria juga bijak, penyabar, sentiasa memberi inspirasi kepada yang lain. Tria juga suka menggunakan blog sebagai medium meluahkan perasaannya.

Nita pula sudah berkahwin dan watak ini sangat serasi dengan Sari Yanti. Dia paling positif antara rakan-rakannya dan sentiasa mencuba memperbaiki segala masalah yang timbul.

Audy lakonan Diana Amir, tidak kurang hebatnya. Gemar mencuri perhatian, Audy, juga suka menggoda lelaki, namun ada hadnya. Lakonan Diana Amir ini sangat berkesan dan berjaya menyakitkan hati penonton. Walaupun usianya baru mencecah 20 tahun, Audy mempunyai sifat besar kepala dan sering kali memikirkan dirinya. Dia juga adik bongsu kepada Lili.

Sementara Lili, bercita-cita besar dan optimistik serta minat untuk mengembara dan suka mencuba perkara baru. Lili berusia 23 tahun tidak bekerja, sedang menunggu peluang melanjutkan pelajaran. Lili kakak sulung kepada Audy sangat minat memasak, namun Lili meletakkan pelajaran sebagai perkara utama.
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO