Nadzmi Salleh berundur dari Proton

on Friday 16 March 2012

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah Proton Holdings Bhd, berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pembuat kereta nasional itu berkata, peletakan jawatannya adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli (SSPA) antara Khazanah Nasional Bhd dengan DRB-Hicom Bhd.

"Kami ingin menegaskan bahawa peletakan jawatan Nadzmi sebagai pengerusi lembaga pengarah Proton dan jawatan-jawatan lain oleh sebab jawatannya sebagai pengarah, adalah sebahagian daripada terma-terma SSPA itu," kata Proton.


Nadzmi, 57, yang dicalonkan oleh Khazanah, telah dilantik sebagai Pengerusi Proton pada 1 Jan, 2009 dan juga sebagai pengerusi lembaga pengarah anak-anak syarikat dalam kumpulan syarikat Proton.

Sebelum ini beliau berkhidmat dengan syarikat kereta nasional itu sebagai Pengarah Urusannya dari 1993 hingga 1996.

Pada 16 Jan, DRB-Hicom menandatangani SSPA dengan Khazanah untuk membeli 42.74 peratus modal saham terbitan dan berbayar Proton dengan harga RM1.291 bilion.

Sebelum perjanjian itu, Nadzmi telah membayangkan hasratnya untuk membeli kepentingan milik cabang pelaburan kerajaan itu dalam Proton. - Bernama
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO