KUALA LUMPUR: Seorang ketua pengakap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan dua pelajar perempuan, tahun lepas.
Ho Lee Fong, 44, dituduh mencabul kehormatan kedua-dua pelajar perempuan itu, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, di sebuah bilik di No 11, Jalan Daun Inai, Sunway SPK, Damansara, di sini jam 4 petang pada Jun 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Majistret Azmil Muntapha Abas, membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,OOO dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April untuk sebutan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Maurice Scully dan Yoh Siang Ting.
Pada 1 Mac, Ho mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya kerana mencabul kehormatan lapan pelajar di bawah jagaannya. - Bernama
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment