Daren, 25, bagaimanapun dikejutkan oleh pemain Portugal Martin Pedro 19-21 pada set pembukaan sebelum pemain negara itu bangkit semula untuk menjinakkan lawannya 21-13, 21-10 pada pertarungan selama 61 minit.
Daren bakal berentap dengan pemain nombor lima dunia, Chen Jin dari China, pada perlawanan suku akhir esok.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Goh V Shem/Teo Kok Siang melakukan kejutan besar apabila menyingkirkan pilihan utama Chai Biao/Guo Zhendong dari China dalam 'straight' set 21-17, 21-18.
Beregu negara itu akan bertembung dengan pasangan Indonesia, Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan pada saingan suku akhir.
Sementara, beregu wanita negara Chin Eei Hui/Wong Pei Tty turut melangkah ke pusingan suku akhir selepas menerima tentangan sengit pada set penentuan menentang gandingan Thailand, Duanganong Aroonkesorn/Kunchala Voravichitchaikul. - Bernama
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment