Dedahkan SMS: CEO gagal saman Celcom

on Friday, 16 March 2012

KUALA LUMPUR — Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hari ini gagal dalam tuntutan saman RM20 juta terhadap Celcom Axiata Berhad kerana mendakwa mendedahkan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.

Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos dua saman itu yang difailkan oleh Noor Haslina Abdullah terhadap syarikat telekomunikasi itu serta memerintahkan beliau menanggung kos sebanyak RM50,000.


Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin dalam kamar.

Pada 29 Ogos 2010, Noor Haslina, 41, seorang CEO sebuah kolej swasta di Kuala Terengganu, memfailkan dua saman terhadap syarikat itu yang kini dikenali Celcom (Malaysia) Berhad kerana menceroboh hak peribadinya, keyakinan, kontrak dan cuai.

Dalam pernyataan tuntutannya, Noor Haslina menuntut RM10 juta bagi pendedahan SMS dan RM10 juta lagi bagi pendedahan perbualannya.

Noor Haslina diwakili peguam K.P.Lim dan Melissa Shukri manakala Celcom oleh Rishwant Singh dan M. Ghandi Mohan.

Rishwant memberitahu pemberita di sini bahawa hakim telah menolak saman tersebut selepas Noor Haslina, selaku plantif, gagal membuktikan tuntutan beliau.

Celcom juga memfailkan tuntutan balas terhadap plaintif kerana menyalahgunakan proses menuntut ganti rugi dan mahkamah membenarkan tuntutan itu dan mengarahkan ganti rugi itu dinilai oleh pendaftar mahkamah kemudian, katanya.— BERNAMA
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO