Tarik golongan muda imarah masjid

on Friday 16 March 2012

KEMAMAN — Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, tindakan segera perlu diambil bagi menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid.

Pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid perlu mengadakan program yang boleh menarik minat golongan muda serta menjaga binaan masjid setempat bagi memudahkan umat Islam menggunakan kemudahan yang ada, titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Bukit Kuang di sini dan menamakannya Masjid Ar-Rahman.


Baginda menyampaikan tauliah kepada 10 pendaftar, jurunikah serta imam masjid mukim bagi daerah Kemaman sebelum bersolat Jumaat bersama 700 jemaah yang diimamkan oleh Mufti Negeri Datuk Dr Alias Abdullah.

Masjid Ar-Rahman Kampung Bukit Kuang merupakan antara 49 masjid yang dibina di daerah Kemaman. Ia bernilai RM3 juta dan mampu menampung 1,500 orang jemaah.— BERNAMA
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO