KAMPAR — Seorang mekanik terbunuh selepas digilis oleh lori yang dibaikinya di laluan kecemasan Km 294.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa Ha Kwai Lam, 40, dari Ipoh yang mengalami cedera parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.
Kejadian berlaku pada pukul 11.50 pagi ketika mangsa sedang membaiki injin lori berkenaan yang rosak dan ketika kejadian mangsa berada di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Lori berkenaan yang diletakkan di lorong kecemasan dan menuruni bukit itu tiba-tiba mengundur ke belakang lalu menggilis badan mangsa katanya, kepada pemberita.
Abdul Aziz berkata, ketika kejadian lori itu dalam perjalanan dari selatan ke utara dan pemandu berhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan apabila mendapati injinnya rosak dan menghubungi mangsa untuk membaiki lorinya.
Ketika kejadian pemandu dan kelindan lori berada berhampiran kenderaan itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi gagal menyelamatkan mangsa lalu menghubungi polis.
Perhatian!
kmpar.? my hometown ni..
ReplyDelete