Bintang Bolton Muamba alami serangan jantung

on Monday 19 March 2012

KELAB Bolton mengesahkan pemain tengahnya, Fabrice Muamba kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, London Chest Hospital akibat serangan jantung ketika beraksi dalam persaingan suku akhir Piala FA.

Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan mengalami masalah nafas terhenti dan telah menerima rawatan kecemasan daripada doktor dan paramedik untuk memulihkan keadaannya yang kini kritikal.

Jurucakap Bolton berkata, "Fabrice Muamba kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.


"Namun tidak akan ada maklumat lanjut diberitahu setakat ini kerana mahu menghormati keluarga Muamba," katanya lagi.

Dipetik Sky News, Pengurus Bolton, Owen Coyle yang turut mengiringi Muamba ke hospital berkata, "Fabrice sedang kritikal, saya yakin dengan sokongan dan doa daripada semmua orang mungkin dia akan sembuh."

Ketika kejadian, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan yang berlangsung di White Hart Lane sudah masuk minit ke-41. Ia kemudian ditangguhkan.

Muamba tidak bergeser dengan mana-mana pemain dan sedang ke arah kedudukan untuk menjaringkan gol. Dia rebah di padang tanpa disedari oleh mana-mana pemain.

Dia dibawa keluar dari padang dengan alat sokongan pernafasan, dan diiringi beberapa anggota paramedik dan staf perubatan Bolton.

Sejurus selepas dia meninggalkan kawasan padang, pengadil Howard Webb memutuskan untuk menangguhkan perlawanan.

Muamba memulakan kerjayanya bersama Arsenal dan menghabiskan dua tahun di Birmigham sebelum menyertai Bolton 2008. - Sinar Harian
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO