‘Perogol bersiri’ dihukum lagi

on Monday 19 March 2012

KOTA BHARU: Selepas dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan minggu lalu, seorang lelaki digelar ‘perogol bersiri’ sekali lagi dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen, semalam atas tuduhan merompak dan menceroboh rumah pengurus kedai emas dengan pisau, hujung tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas Amran Che Jaafar, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Atas tuduhan merompak, dia dikenakan penjara lapan tahun dan lima sebatan, manakala hukuman penjara tiga tahun dikenakan atas tuduhan menceroboh.


Azman memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak. Beliau sebelum itu mengarahkan hukuman terbabit berjalan berasingan dengan hukuman terhadap kesalahan rogol yang dijatuhkan minggu lalu.


Mengikut pertuduhan, Amran didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam dan lesen memandu milik mangsa berusia 38 tahun di Kubang Kerian, di sini, pada jam 8 pagi, 15 November 2011.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397, kanun sama.

Pada tarikh, waktu dan tempat yang sama Amran turut didakwa menceroboh rumah mangsa menggunakan pisau yang didakwa mengikut Seksyen 451, Kanun Keseksaan. - myMetro
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO