SELEPAS 10 minggu berhempas-pulas bertanding, akhirnya kumpulan Shiro berjaya memegang gelaran Juara Raja Lawak Musim ke-6 sekali gus menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
Kemenangan kumpulan yang dianggotai oleh dua anak muda, Shahrol dan Ajak ini menepati ramalan ramai kerana menampilkan persembahan yang hebat serta mendapat komen positif daripada juri.
Gelaran Naib Juara menjadi milik Zero yang membawa pulang RM50,000, sementara tempat ketiga dan keempat menjadi milik Cuit dan 2Yol, dengan masing-masing membawa pulang RM30,000 dan RM10,000.
Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim ke-6 berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.-Sinar Harian
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment