SAN FRANCISCO: Sebuah pertubuhan pemantau pengguna semalam mengingatkan, iPad terbaru Apple agak hangat berlebihan untuk digunakan.
Consumer Reports menyatakan, iPad generasi baru dengan pemproses lebih berkuasa itu boleh mencapai suhu 46.6 darjah Celsius, terutama apabila digunakan untuk permainan video.
Jurucakap Consumer Reports, James McQueen, berkata iPod terbaru itu lebih hangat berbanding versi sebelumnya.
“Orang ramai perlu berhati-hati.
“Kami tidak mendakwa produk itu berbahaya, tetapi pada suhu itu, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa,” katanya.
Menurut Consumer Reports, iPod generasi ketiga itu 12 darjah lebih hangat berbanding iPad 2 ketika berfungsi sebagai alat permainan video atau memuat turun fail besar, berpusat di satu sudut belakangnya. - AFP
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment