Lelaki Kacak vs Lelaki Beriman

on Thursday 12 April 2012

Assalamualaikum pembaca budiman..

Lelaki Kacak, Blog Lelaki Kacak, Apa itu Lelaki Kacak, Artis Lelaki Kacak Malaysia

Lelaki Kacak? Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran korang mesti Lelaki Kacak itu harus mempunyai wajah, fizikal badan seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Remy Ishak. Betul kan?

Lelaki kacak.. Lelaki Kacak seharusnya bukan saja perlu kacak diluar tetapi harus juga kacak didalam. Kacak diluar terbahagi kepada beberapa bahagian seperti dibawah :

Lelaki Kacak Sewaktu Di Rumah

Lelaki Kacak harus bermula dari rumah. Ya. Kenapa? Lelaki Kacak
seharusnya bukan saja Kacak diluar rumah, tetapi haruslah bermula dari rumah. Dari rumah, kita akan dapat kenal pasti sama ada Lelaki itu Kacak atau tidak. Korang boleh tahu dengan cara melihat keadaan rumahnya bagaimana, berselerak ke, kemas ke, atau lebih teruk dari reban ayam! Pakaian, Tahap kesihatan, Penjagaan Diri, Pengurusan Masa dan dari pelbagai sudut lagi yang korang boleh tengok, seterusnya nilaikan sama ada Lelaki itu sebagai Lelaki Kacak atau Lelaki Selekeh.

Lelaki Kacak pasti tidak akan mengabaikan aspek ini kerana Kacak itu tidak akan terpamer dimuka sebab sudah terbukti banyak faktor yang menyokong untuk menjadikan seseorang Lelaki itu Kacak.

Lelaki Kacak & Keluarga

Lelaki Kacak adalah Lelaki yang tidak abaikan keluarga. Lelaki Kacak semestinya seorang Lelaki yang prihatin, mengambil berat, sanggup membantu keluarga sama ada dari sudut kewangan, pertolongan, pengorbanan, penyayang, dan yang penting, walau sesibuk manapun keluarga tetap diutamakan dalam segala hal.

Lelaki Kacak & Rakan-Rakan

Lelaki Kacak bukannya Lelaki yang bajet Kacak bila berselisih dengan perempuan dan berpura-pura baik saat bersama dengan perempuan. Sanggup berkorban duit, masa dan tenaga konon. Tapi Lelaki Kacak adalah Lelaki yang mengambil berat masalah rakan-rakan, ada saat senang mahupun susah, pandai menyesuaikan diri semasa bergaul dan paling penting tidak mementingkan diri, sombong, kedekut dan bajet Kacak walau hakikatnya cuma Kacak diluar tapi dalaman langsung tak Kacak.

Lelaki Kacak Yang Sebenar-Benar Kacak

Lelaki Kacak yang sebenar-benarnya bukan hanya pada paras rupa, harta, pangkat dan sebagainya tetapi Lelaki Kacak adalah Lelaki yang kacak lahir dan batinnya. Bukan kacak rupa yang dinilai tetapi kekacakan hati yang dipandang oleh Allah. Kriteria sebenar Lelaki Kacak :-

Lelaki kacak seorang yang taat kepada Allah S.W.T dan mengamalkan sunnah Rasululllah S.A.W.


Lelaki kacak mengutamakan kedua ibu bapanya dalam meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.


Lelaki kacak mestilah seorang yang sabar dalam menghadapi segala ujian dan cabaran yang mendatang.


Lelaki kacak menjadikan akhirat sebagai tujuan utama hidupnya.


Lelaki kacak selalu memohon ampun atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan baik disedari mahupun tidak.


Lelaki Kacak tidak lupa untuk bersembahyang 5 waktu sehari semalam.


Lelaki kacak tidak lokek untuk memberi bersedekah sama ada dalam keadaan lapang atau sempit.


Lelaki kacak sanggup bangun malam untuk melakukan qiamulaill, menyerahkan diri kepada Allah saat orang lain sedang asyik melayan mimpi.


Lelaki kacak sentiasa menerap nilai kasih sayang sesama mukmin dan menjalinkan ukhwah diantara mereka.


Lelaki kacak berpegang kepada Amar Makruf Nahi Mungkar.


Lelaki kacak seorang yang amanah, jujur dan tidak memungkiri janji.


Lelaki kacak selalu menjadikan masjid sebagai rumah keduanya untuk mendapat sebanyak mungkin pahala sebagai bekal untuk hari esok.

    Apa pun, ini semua hanyalah dari sudut pandang saya dan sama ada korang nak terima ataupun tidak, itu terserah. Saya yakin bukan hanya dalam topik lelaki kacak saja, kalau topik perempuan comel ke, artis perempuan tercantik ke, artis lelaki kacak ke, dan apa-apa topik sekalipun masing-masing mesti ada pandangan/pendapat dan perspektif masing-masing. Kan? Lain orang lain pandangnya.

    Tak adil kalau ambil saya punya pendapat saja. Jadi, saya pun ada jugak mengambil satu alternatif dengan membuat survey tentang Lelaki Kacak. Semua pandangan dibawah ni semua saya ambil dari fanpage Facebook Realiti Fantasi.

    Ni beberapa pandangan yang saya ambil dari survey yang saya buat.

    Nadzirah Ibrahim : lelaki yang sayang ibunya.

    Firdaus Kamarul : Err.. Perut boroi... Kikikikiki...

    Arman Zafri : pembersih, beradab

    Zulaikha Akhialuz : bajet bagus kalau die perasan yg die disukai..jika dia salah guna kelebihan yg Allah bagi ar

    Nur Aishah Abdullah : bukan dari segi rupanya tapi hatinya yg ikhlas, dan kalau nak kenal lelaki mesti mengambil masa yg lama baru kita akan lebih mengenalinya, contohnya saya...

    Anis Honey : bagi saya,lelaki kacak seorang yang bertanggungjawap,berbudi bahasa dari segi percakapan,hormat orang tua,pndai tentang agama(if x tahu pun,boleh belajar),pandai mengambil hati..dari segi gaya n rupe mesti la kemas n sedap mata memandang..kalau x kemas kusut masai tapi ada apa yg saya tulis kan tadi,x guna jugak kalau x jaga penampilan..ni pendapat saya..;-)

    Ratu LoveStylo : Lelaki kacak bagi ratu adalah lelaki yg bertanggungjawab, berkarisma, berjiwa penyayang. . xperlu bergaya sakan cukup sekadar keterampilan dr sifat n sikap yg buat org tertarik, tutur kata yg sopan, x berkasar terhadap wanita, berjiwa kekeluargaan. . tp yg penting. . TIDAK MEROKOK! Very2 important to ME. . MAMPU MENJADI IMAM WALAU HANYA UNTUK KELUARGANYA. . .

    Amirul Fahmi : Lelaki kacak mesti ada janggut

    Safidah Fieda : Beriman + humble + redha + tidak ego

    Korang boleh jugak baca beberapa entri dari saya yang berkaitan dengan Lelaki Kacak ni :

    Lelaki kacak tidak mempunyai 10 tabiat buruk ini
    Bau ketiak Lelaki Kacak mampu menghilangkan stress perempuan
    37 Fakta mengenai Lelaki Kacak
    Lelaki Kacak selalu melakukan rutin ini
    Lelaki Kacak vs Gadis Comel

    Sebelum terlupa, entri Lelaki Kacak ni sebenarnya merupakan pernyertaan saya dalam Cabaran SEO. Walaupun saya bukannya tergolong dalam kelompok Lelaki Kacak (dari segi rupa), tapi tak salah rasanya untuk saya turut serta.

    Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net, LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com, dan AhmadFaizal.com.
    Ranking: 5

    Perhatian!

    farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

    { 4 comments... read them below or add one }

    1. Lelaki Kacak? Semoga berjaya :)

      ReplyDelete
    2. sama tajuk entry dgn entry sop
      http://www.gnesop.com/2012/05/lelaki-kacak-vs-lelaki-beriman.html

      ReplyDelete
    3. Nak cari lelaki nk buat suami susah skrg ni...nak2 org2 yg jenis melekat kat rmh....

      ReplyDelete

     
    Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
    D.I.Y Themes ByBelajar SEO