Shah Iskandar mahu diperhati!

on Sunday, 25 March 2012

TIGA tahun berkelana ke Malaysia, nama Shah Iskandar Mahfuz mencuri ruang untuk dikenali sebagai pelakon. Melihat kejayaan pelakon senegara, Aaron Aziz dan Adi Putra yang harum di negara ini, Shah Iskandar turut mencongak nasib.

Dia sanggup meninggalkan Singapura demi mencipta kejayaan sebagaimana yang ditempa dua aktor yang mencetus inspirasinya.

"Sudah tiga tahun saya menetap di Kuala Lumpur. Saya jadikan Aaron Aziz dan Adi Putra sebagai inspirasi untuk berjaya dalam bidang ini.

"Apa yang pasti saya juga mahu menjadi lebih baik daripada kedua-duanya. Saya ada cara saya sendiri dan mereka ada kelebihan masing-masing yang diterima peminat," terangnya kepada Sensasi Bintang.

Setelah mencipta nama menerusi drama bersiri Gerak Khas di TV2, nama Shah Iskandar mula mendapat tempat dalam hati pengarah drama tempatan.

Terkini, jejaka berbintang Taurus itu tampil menerusi drama bersiri 3 Janji dalam slot Lestary di TV3. Diberi kepercayaan memegang watak Yassin, Shah Iskandar mula menunjukkan sisi berbeza dalam drama arahan Heykal Hanifah itu.

Drama 3 Janji yang disiarkan setiap Selasa pukul 9 malam itu turut dibintangi Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya dan Ainina Ahmad.

PENGACARAAN


Saya bermula sebagai pengacara rancangan Anugerah Skrin di Singapura pada 2006. Setelah bergelar pelakon, saya mula kurang menerima tawaran mengacara kerana mahu fokus dengan lakonan. Jika diberi pilihan, saya memilih lakonan.

TANAH TUMPAH DARAH


Saya berasal dari Woodlands, Singapura dan sudah tiga tahun menetap di Malaysia, jiwa saya ada di kedua-dua negara ini. Keluarga saya berasal dari Singapura, tetapi ramai saudara yang turut merantau di Kuala Lumpur (KL), jadi KL sudah seperti kampung halaman saya.

JADI POLIS


Saya tidak minat untuk jadi seorang pegawai polis kerana cita-cita saya untuk menjadi juruterbang. Bila sudah lebih dua tahun menggalas watak Inspektor Hashim dalam drama bersiri Gerak Khas, saya banyak belajar mengenai dunia kepolisan. Melalui watak polis, saya mula dikenali peminat Malaysia.

USIA 30 TAHUN


Saya genap 30 tahun menjelang 1 Mei nanti. Saya percaya seseorang lelaki akan menjadi matang pada usia 30 tahun. Pada usia ini juga saya mula memikirkan masa depan, ingin memiliki aset sendiri serta menamatkan zaman bujang. Syukur kerana impian saya untuk sampai ke Sepanyol sebelum usia 30 tahun tercapai, itupun kerana terlibat dengan sebuah rancangan televisyen.

SUKAN


Ibu memang menggalakkan saya banyak terlibat dengan sukan air, dia hantar saya belajar berenang ketika masih kecil supaya saya lebih berkeyakinan. Ketika di Singapura saya agak aktif dalam kegiatan renang, berkayak dan berakit. Untuk terlibat secara serius tidaklah, cuma saya begitu meminati aktiviti sukan air tetapi sekarang jarang ada masa untuk turun bermain air tapi asyik turun lokasi penggambaran sahaja. - Kosmo! Online
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO