Menang liga elak kecewa

on Sunday 18 March 2012

WOLVERHAMPTON: Patrice Evra percaya Manchester United mesti menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali ke-20 untuk mengelak ‘musim yang benar-benar buruk’.

United tersingkir daripada Liga Europa apabila tewas 3-5 secara agregat kepada Atletic Bilbao awal pagi Jumaat lalu dan liga ini adalah satu-satunya yang masih tinggal.


Mereka juga tersingkir dari Liga Juara-Juara seawal pusingan pertama buat kali ketiga dalam sejarah mereka selepas gagal menang sebarang perlawanan menentang Benfica dan Basel.

Skuad Sir Alex Ferguson turut kecundang kepada Liverpool dalam pusingan keempat Piala FA dan tersingkir dari Piala Liga di tangan pasukan Championship, Crystal Palace di Old Trafford.


Sekurang-kurangnya prestasi mereka dalam Liga Perdana Inggeris masih luar biasa. Keputusan seri 3-3 yang diraih ketika menentang Chelsea selepas ketinggalan tiga gol, Februari lalu adalah satu-satunya perlawanan yang gagal dimenangi dalam lapan perlawanan sejak tewas 0-3 kepada Newcastle awal tahun ini.


Kunjungan ke Wolves malam ini memberikan mereka peluang untuk berada empat mata di depan Manchester City yang hanya akan menanti kunjungan Chelsea, Rabu ini.

Evra, pertahanan Perancis itu sedar United perlu memanfaatkan peluang mereka untuk mempertahankan gelaran liga.


“Kelab sebesar Manchester United sepatutnya boleh bersaing dalam setiap pertandingan tetapi kini kami tiada pilihan, kami perlu fokus terhadap liga ini.

“Kami perlu menang liga ini demi menyelamatkan musim pasukan ini. Jika kami gagal menang liga ini, ia pastinya musim yang benar-benar teruk.” -AFP

Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO