BANGKOK: Bilionair yang mencipta minuman tenaga Red Bull tiga dekad lalu, meninggal dunia, semalam.
Stesen televisyen kerajaan menyatakan, Chaleo Yoovidhya, 89, mati akibat sakit tua.
Chaleo mengasaskan syarikat T C Pharmaceuticals pada 1970-an dan mencipta formula minuman tenaga Krathing Daeng (atau Red Bull) dan popular di kalangan pemandu lori dan buruh.
Pada 1984, Chaleo menubuhkan sebuah syarikat bersama rakan kongsi Austria bagi membantu produk itu dipasarkan di seluruh dunia. Majalah Forbes berkata, harta Chaleo bernilai RM12 bilion. - AP
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment