Malaysia, Ireland seri gagal ke Olimpik

on Sunday 18 March 2012

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki negara terlepas peluang ke Olimpik London selepas seri 1-1 dengan Ireland pada pusingan kelayakan di Dublin, Ireland semalam.

Ireland yang mengumpul 13 mata menerusi perlawanan itu, berbanding Malaysia 12 mata, akan bertemu Korea Selatan pada perlawanan akhir esok yang bakal menentukan kelayakan untuk beraksi pada sukan Olimpik London, Julai ini.

Anak-anak buah jurulatih Tai Beng Hai bermula baik, dan meskipun diancam pukulan sudut penalti oleh Ireland pada minit ke-7, gawang negara berjaya diselamatkan penjaga gol kebangsaan S. Kumar.

Kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama sebelum Nabil Fiqri Mohd Noor menjaringkan gol Malaysia pada minit ke-40.

Pasukan tuan rumah, bagaimanapun, berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh John Jerymn 10 minit sebelum perlawanan tamat. – BERNAMA

Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO