‘Kami yakin’

on Sunday 18 March 2012

LIVERPOOL: Dirk Kuyt percaya Liverpool masih mempunyai potensi yang belum ditemui ketika mereka bersedia dalam misi memburu gelaran berganda dengan pertemuan suku akhir Piala FA menentang Stoke.

Skuad Kenny Dalglish menamatkan badi enam tahun tanpa sebarang trofi apabila menewaskan pasukan Championship, Cardiff menerusi penalti di final Piala Liga bulan lalu.


Meskipun berbangga dengan kejayaan itu, Reds masih ketinggalan 10 mata di belakang Arsenal yang kini menduduki tempat keempat dan berdepan kemungkinan terlepas peluang ke Liga Juara-Juara buat tahun ketiga berturut-turut.

Anak buah Dalglish terikat tanpa jaringan dengan Stoke, Januari lalu dan ia satu keputusan yang mengecewakan dan menjelaskan betapa skuad Reds ketinggalan mengekori rentak Liga Perdana Inggeris musim ini meskipun berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baru.


Kuyt, penyerang Belanda berusia 31 tahun itu percaya Liverpool sudah membuktikan kemampuan mereka pada masa tertentu tetapi mereka perlu melakukannya secara konsisten.


“Kami membuktikan peningkatan yang menakjubkan,” katanya.

“Ia bukan mudah dilakukan dengan begitu ramai pemain baru datang ke kelab ini. Anda perlu membuat mereka serasi dengan kelab ini.


“Begitupun kami mempunyai kumpulan pemain yang berkualiti, bukan hanya 11 pemain tetapi sebuah skuad yang bagus. Kami menewaskan United, Arsenal, kami menewaskan Everton dua kali tetapi kami juga mensia-siakan banyak mata dalam perlawanan lain dan itulah yang mahu kami ubah.

“Piala FA adalah sesuatu yang istimewa dan tentunya hebat jika dapat memenanginya.” -AFP

Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO