“Kami tidak mahu seri atau kalah, kami main untuk menang. Saya sedar walaupun sukar, kami perlu memikul tugas ini dengan sebaik-baiknya. Kami perlu mencuri mata daripada Korea walau apapun yang berlaku.
“Jumlah jaringan tidak penting, asalkan kami menang. Tapi jika ada peluang untuk menjaringkan gol, kami perlu memanfaatkan peluang itu dengan sebaik-baiknya, terutama menerusi pukulan sudut penalti.
“Bermain dengan Korea juga memerlukan kesabaran. Kami tidak boleh terus ghairah untuk mencari ruang menjaringkan gol pada awal permainan kerana untuk memasuki ruang mereka, kami memerlukan perancangan yang rapi,” katanya.
Sejak diturunkan pada perlawanan pertama menentang Chile, Tengku Ahmad hanya dapat menamatkan kemarau jaringan gol pada perlawanan ketiga bertemu Ukraine kelmarin dan penyerang negara itu teruja untuk meledak gol lagi, terutama perlawanan dengan Korea.
“Kalau saya diturunkan sudah tentu saya akan berusaha untuk menjaringkan gol, tapi itu semua bergantung kepada keadaan dan peluang ketika berlangsungnya permainan,” katanya.
Ketika pertemuan dengan Russia pada perlawanan kedua sebelum ini, Tengku Ahmad dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment