Pekerja dobi ditangkap khalwat

on Sunday, 1 April 2012

AMPANG - Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.


“Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa.

Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Sinar Harian
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO