Sudah menjadi lumrah, wanita dikatakan hanya tahu membawa kereta sahaja tetapi tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang kereta, termasuklah menukar tayar. Terlalu bergantung harap kepada suami / bf / rakan lelaki pun payah jugak, kerana mereka bukan sentiasa berada dekat dengan kita. Dibuatnya tayar pancit ketika kita travel sorang-sorang di kawasan sunyi, line phone pulak tak de atau bateri habis…mesti rasa nak pitam dan panik kan.
Jika berlaku situasi sebegini, dan kita tidak ada keupayaan dan juga kemahiran untuk menukar tayar kereta sendiri kebiasaannya apa yang akan kita lakukan ialah menelefon suami ataupun rakan. Cara lain yang terbaik adalah dengan menelefon polis di balai polis berhampiran untuk meminta bantuan. Ataupun menelefon talian tol bebas syarikat insurans ataupun konsesi lebuh raya untuk bantuan.
Elakkan meminta bantuan dari pemandu kenderaan lain yang tidak dikenali untuk mengelakkan dari kena samun ataupun dirompak. Bahaya jugak kalau tukar tayar kereta sorang-sorang… takut ada yang mengambil kesempatan.
Selain dari itu kena pastikan juga spare tyre kita tu dalam keadaan baik, berangin kalau tak kita pulak nanti yang naik angin…Di bawah ni ada sedikit panduan mudah untuk menukar tayar.
INFO: Panduan mudah menukar tayar
Ø Letakkan kereta anda di tempat yang selamat. Pastikan anda meletakkan kereta di tepi jalan yang bebas daripada sebarangan halangan lalu lintas.
Ø Tarik brek tangan dan pastikan gear pada keadaan `meletakkan kenderaan’.
Ø Hidupkan lampu kecemasan dan letakkan papan tiga segi kecemasan yang disimpan dalam kereta.
Ø Gunakan jack untuk mengangkat sedikit ke atas untuk tayar yang pancit.
Ø Gunakan skru kunci empat arah, kemudian putar berlawanan arah jam untuk melonggarkan skru pada tayar.
Ø Keluarkan tayar yang pancit dan ganti dengan tayar simpanan, yang diletak pada tempat simpan barang kenderaan.
Ø Pastikan setiap skru dipasang dan diketatkan dengan rapi.
Ø Simpan semua kelengkapan sebelum meneruskan pemanduan.
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment