Kelebihan Selawat Syifa'

on Monday, 9 April 2012

Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya.

Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat demi ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.








Khasiat Selawat Syifaa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka dengan izin Allah :

1. Menyihatkan jasmani dan rohani.

2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.

3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.

4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.


Untuk penjelasan lanjut dan mengelakkan kekeliruan mengenai selawat syifa' bolehlah membaca di sini

Tengok petikan dibawah, dipetik dari http://terapi-alfatah.blogspot.com :

Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit, untuk bengkak atau terseliuh elok dicampur dengan bawang merah yang telah ditumbuk. Insya' ALLAH dengan izin ALLAH maka hilanglah sakit atau bekas itu.

Sumber lain dari http://majoritymama.blogspot.com www.resepirahsiaku.com .Semoga amalan kita diterima Allah .Wassalaam.

Sumber: http://abgcek.blogspot.com/2011/10/kelebihan-selawat-syifa.html
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO