‘Drama’ ketua penyamun

on Tuesday, 27 March 2012

KLANG: Kelicikan ketua geng ‘Robert Tee’ yang memiliki 20 rekod jenayah lampau membabitkan kes samun kereta mewah dan samun bersenjata di Klang dan Lembah Klang berakhir apabila ditahan ketika cuba untuk terjun dari sebuah hotel di sini, Sabtu lalu.

Episod penahanan bermula apabila lelaki berusia 34 tahun itu yang menyedari dirinya cuba ditahan polis di tingkat empat tempat letak kereta hotel berkenaan melarikan diri dengan berpaut pada palang papan tanda hotel hampir dua jam dan mengugut untuk terjun.


Namun, akibat kepenatan dan dipujuk ahli keluarga dan pihak berkuasa, lelaki itu membatalkan hasrat untuk terjun dan menyerah diri.


Selain lelaki itu, dua lagi anggota kumpulannya ditahan di hotel sama.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sebelum kejadian, polis menerima maklumat mengenai sebuah kereta Mercedes Benz yang dilaporkan hilang di Setapak, Jumaat lalu, berada di sebuah hotel di Pandamaran melalui sistem pengesanan global (GPS) kereta berkenaan.


Katanya, sepasukan polis bergegas ke hotel berkenaan dan mendapati dua lelaki baru keluar dari kereta itu yang diletakkan di tempat letak kereta di tingkat dua hotel terbabit.

“Kecekapan polis kemudian menahan suspek yang pada mulanya cuba melarikan diri ke kawasan hotel.


“Sebaik ditahan, tiba-tiba sebuah kereta BMW yang dipandu laju seorang lagi suspek menuju tingkat empat hotel berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, semalam.

Mohamad berkata, polis mengejar sebelum suspek yang terdesak memanjat tembok hotel dan berpaut pada papan tanda hotel sebelum membuang sebuah beg sandang miliknya.


Menurutnya, suspek yang sudah buntu untuk melarikan diri mengugut untuk terjun walaupun cuba dipujuk.


Difahamkan, suspek akur dan menyerah diri apabila ada individu yang dipercayai ahli keluarganya datang ke lokasi kejadian dan memujuk suspek daripada terjun.


Semua suspek kini direman sehingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB), Seksyen 309 Kanun Keseksaan (KK) kerana cuba membunuh diri dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958. - myMetro
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO