Touch ‘n Go terbit kad Tahun Naga

on Thursday, 29 March 2012

TOUCH ‘n Go Sdn Bhd akan menerbitkan 10,000 edisi terhad Kad Reka Bentuk Khas Naga untuk pengguna dan pengumpul koleksi yang dikeluarkan sempena tahun naga 2012.

Touch ‘n Go sebelum ini mengedarkan jumlah terhad kad reka bentuk khas ini di Lebuhraya MTD sempena perayaan Tahun Baru Cina.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Karim Md Lassim berkata, syarikat itu merancang mengeluarkan pelbagai jenis kad reka bentuk khas berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan sepanjang tahun.


“Inisiatif ini juga adalah usaha syarikat untuk mengukuhkan kedudukan jenama, selain menggalakkan pelanggan membeli kad reka bentuk khas ini sebagai koleksi atau hadiah,” katanya pada majlis previu media untuk kad baru itu yang akan ditawarkan kepada pelanggan mulai 2 April ini di Kuala Lumpur, semalam.


Touch ‘n Go Sdn Bhd ialah syarikat milik CIMB Group Holdings Bhd, MTD Capital Bhd dan PLUS Expressway Bhd. - myMetro
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO