RM280,000 dalam 10 minit

on Thursday 22 March 2012

KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.

Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu.

Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan. - myMetro
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO