Geng 1Malaysia cemerlang

on Thursday, 22 March 2012

AMPANG: Menjadikan amalan belajar secara berkumpulan membuahkan hasil apabila tujuh sekawan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan semalam.

Kecuali Izzat Amir Ihwan, dan Haizer Khaizy, memperoleh 5A+, empat dari mereka, Muhammad Amirul Mustaqim Mohamed Umar, Nur Adirah Ismail, Yap Shing Yee, Qistina Zainudin memperoleh 9A, manakala Jennifer Shalini Peter mencatat keputusan luar biasa dengan 10A+.



Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah itu turut mempunyai cita-cita sama, iaitu menjadi jurutera.

Semua mereka yang berusia 18 tahun itu turut tidak menduga memperoleh keputusan cemerlang memandangkan ketika peperiksaan percubaan, mereka memperoleh keputusan ‘cukup makan’ saja.


Qistina ketika ditemui berkata, selain memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan membuat latihan berulang kali, ahli kumpulannya turut belajar berkumpulan pada waktu petang.


“Sebenarnya kami tidak menetapkan waktu tertentu untuk belajar, terpulang kepada masa yang terluang.

“Memandangkan kami tinggal di taman perumahan di sini, ia memudahkan kami belajar bersama,” katanya di sini, semalam.


Semua pelajar itu turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang banyak memberi sokongan moral.

Yap berkata, semua rakannya turut meminati mata pelajaran Matematik dan lebih membanggakan mereka memperoleh A+ dalam Matematik dan Matematik Tambahan.


“Saya belajar bersungguh-sungguh beberapa bulan sebelum peperiksaan bermula,” katanya. - myMetro
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO