KATE MOSS dilaporkan telah memberikan salah sebuah bilik di kediaman mewah baharunya di London untuk dihuni oleh pendandan rambutnya, James Brown secara percuma!
Supermodel berusia 38 tahun itu baru sahaja berpindah ke rumah agam yang dilengkapi tujuh buah bilik tidur itu, yang mana salah satu dari bilik tersebut dikhususkan untuk Brown.
Sumber memberitahu akhbar Daily Star: "Kate telah menyediakan salah satu bilik tidur di kediaman baharunya itu untuk dihuni oleh pendandan rambutnya, James Brown.
"Dia beritahu Brown supaya menganggap bilik tersebut sebagai rumah keduanya. Brown kini sudah meletakkan barang-barangnya dalam bilik itu."
Moss membeli rumah agam yang bernilai 7 juta pound sterling (RM34 juta) itu selepas mengahwini gitaris band rock Kills, Jamie Hince pada Julai tahun lepas. - Kosmo! Onlinw
Perhatian!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment