Bipasha hadiahkan pangsapuri mewah buat ibu bapanya

on Tuesday, 27 March 2012

AKTRES Bipasha Basu dilaporkan telah menghadiahkan kedua-dua ibu bapanya sebuah pangsapuri mewah yang terletak di Mumbai, India, semata-mata mahu berada lebih dekat dengan ahli keluarganya.

Sebelum ini, ibu bapanya itu menetap di Kolkata dan mereka terpaksa berulang-alik untuk menemui aktres berkenaan yang menetap di Mumbai sejak bergelar pelakon.


"Bipasha telah menggunakan khidmat dua orang pereka hiasan dalaman profesional iaitu Ehsan Qureshi and Rajeev Acharya untuk mereka bentuk kemasan pada bahagian dalaman rumah yang dihadiahkannya itu," ujar sumber itu lagi.

Tambah sumber tersebut, rumah yang dibeli Bipasha untuk ibu bapanya itu jaraknya sangat dekat dengan kediamannya yang hanya mengambil masa lima minit jika berjalan kaki. - Kosmo! Online
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO