Lori 18 tan merempuh belakang sebuah bas persiaran, 1 maut, 20 terselamat

on Sunday, 1 April 2012

REMUK... keadaan lori yang terbabit kemalangan.

IPOH : Seramai 20 pelancong nyaris maut apabila sebuah lori 18 tan merempuh belakang sebuah bas persiaran yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan awal pagi semalam.

Kemalangan ngeri kira-kira jam 5.30 pagi di kilometer 274 (U), Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran tol Jelapang di sini, bagaimanapun meragut nyawa seorang kelindan lori, Jamri Abu Bakar, 35. Mangsa dari Johor Bharu dipercayai mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan.



Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Suprintendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata kemalangan membabit dua kenderaan berkenaan menyebabkan seorang kelindan lori terbunuh di tempat kejadian. Menurut beliau, lori yang membawa muatan pelbagai barang keperluan harian milik sebuah syarikat membeli-belah terkemuka tempatan itu dipercayai dalam perjalanan dari Klang menghala ke Sungai Petani sebelum berlanggar dengan bas persiaran berkenaan.

“Bas yang membawa lebih kurang 20 penumpang itu dari Singapura menuju ke Pulau Pinang dipercayai berhenti di lorong kecemasan kira-kira 10 kilometer daripada tol selepas mengalami kerosakan akibat tali kipas putus.


“Setiba di tempat kejadian, lori itu yang menyangka bas berkenaan mengalami kerosakan merempuh belakang bas menyebabkan kelindannya tersepit di sebelah tempat duduk pemandu,” katanya.


Kata beliau, akibat insiden itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat. - myMetro
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO