Wang kertas RM100 palsu

on Tuesday, 27 March 2012


BATU PAHAT - Orang ramai khususnya peniaga diminta berhati-hati dengan penipuan melibatkan penggunaan wang kertas RM100 palsu yang dikesan diguna untuk membayar tol lebuh raya baru-baru ini.

Bahagian hadapan wang yang digunakan itu berjaya melepasi mesin pengimbas tetapi selepas imbasan dilakukan bahagian belakang wang itu disahkan palsu.

Difahamkan, wang itu dicetak menggunakan pencetak beresolusi tinggi sehingga sukar dibezakan dengan wang tulen.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, penipuan itu dilaporkan seorang petugas di Plaza Tol Yong Peng di sini selepas kejadian pada pukul 5 petang, 15 Mac lalu.

"Pada hari kejadian, petugas terbabit menerima wang RM100 daripada seorang lelaki yang memandu kereta Proton Waja untuk membayar tol.

"Apabila mangsa menggunakan mesin pengimbas, bahagian hadapan wang berkenaan tiada masalah tetapi imbasan pada bahagian belakang mendapati ia adalah palsu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo! Online
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. pas ni kene jaga2 walaupun bukan keje plaza tol

    ReplyDelete

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO