‘Spiderman’ panjat bangunan di Jakarta

on Monday, 26 March 2012

JAKARTA - Warga Perancis yang diberi nama jolokan, Spiderman, Alain Robert berjaya memanjat sebuah bangunan 50 tingkat setinggi 215 meter di sini semalam.

Bagaimanapun, Robert, 49, menggunakan tali dan abah-abah semasa dia memanjat bangunan Menara Bakrie itu.


Sebelum ini, dia terkenal kerana memanjat sejumlah bangunan tinggi tanpa menggunakan tali dan kelengkapan keselamatan.

Menurut portal berita tempo.co, dia mula memanjat pada pukul 10.25 pagi dan berjaya tiba di atas bangunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari.

Dia memanjat bangunan tersebut selepas diundang oleh pihak pengurusan syarikat televisyen swasta, antv.

Portal berita Gatra melaporkan, Presiden antv, Dudi Hendrakusuma, pihak berkuasa tidak akan membenarkan Robert memanjat jika dia tidak memakai peralatan keselamatan.

Beliau berkata, pihak polis memberlikan kelulusan untuk memanjat tiga hari lalu.

Robert diundang memanjat bangunan itu sempena ulang tahun ke-19 antv.

Antara bangunan yang pernah dipanjatnya ialah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu di Sabah; Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur; Hotel Vermont di Rio de Janeiro, Brazil dan Menara Wilis, Chicago di Amerika Syarikat. - Agensi
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO