Hakim arah Facebook dan sebuah laman web di tutup

on Saturday 24 March 2012

DHAKA: Sebuah mahkamah Bangladesh mengarahkan pihak berkuasa menutup lima halaman Facebook dan sebuah laman web kerana menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran dan beberapa agama lain.

Hakim di mahkamah tinggi di ibu kota Dhaka mengarahkan pemantau telekomunikasi, pegawai Kementerian Dalam Negeri dan polis menyekat halaman terbabit serta merta.

Malah, beberapa kartun yang dipaparkan juga hampir menyamai maksud pornografi. – Hakim


“Halaman berkenaan mengandungi kata-kata cacian dan kartun menghina Nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Quran selain Jesus Nabi Isa AS, Buddha dan Hindu,” kata peguam yang membawa kes itu ke mahkamah, Nawshad Zamir.

“Sasaran utama mereka ialah nabi dan al-Quran. Halaman di laman web berkenaan menjejaskan sentimen negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam selain pengikut agama lain juga.

“Malah, beberapa kartun yang dipaparkan juga hampir menyamai maksud pornografi,” kata hakim itu. Bagaimanapun, nama halaman web itu tidak didedahkan.

Hakim meluluskan perintah itu selepas satu petisyen bersama dikemukakan oleh seorang tenaga pengajar Universiti Dhaka dan ketua sebuah sekolah undang-undang.

Zamir berkata, pihak mahkamah juga meminta pihak berkuasa menyiasat siapa yang menghantar kartun itu selain ulasan menghina secara online.

Ia adalah kali pertama sebuah mahkamah Bangladesh bertindak untuk menutup halaman tertentu dalam Facebook atas dakwaan menjejaskan sentimen agama. Satu kes sama mengenai dakwaan ia mengandungi unsur penghinaan juga berlaku di negara jiran, India.

Pihak berkuasa Bangladesh sudah mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan internet sebelum ini.

Januari lalu, seorang pelajar ditahan di sebuah kampung pedalaman atas dakwaan menyiarkan kenyataan di Facebook yang menghina bapa Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Pada bulan yang sama, seorang pelajar Bangladesh berusia 29 tahun dihukum penjara enam bulan, meskipun tidak hadir di mahkamah, selepas menghantar satu mesej di Facebook mendoakan perdana menteri mati dalam satu kemalangan jalan raya. – AFP
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. sesuatu yg bagus telah dihakimi demi Islam, tahniah.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO