Doktor psikik bedah pesakit tanpa ubat bius

on Sunday, 25 March 2012

ABADIANIA, Brazil - Seorang lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixeira de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat bius.

Baru-baru ini, Faria cuma menggunakan sebilah pisau dapur untuk membuang sesuatu seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles.

Arguelles, 29, kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus yang menyebabkan kornea matanya menipis.

Menurut Arguelles, penglihatannya pulih sebanyak 80 peratus seminggu selepas menjalani prosedur tersebut dan bertambah baik pada setiap hari.

"Doktor-doktor perubatan moden boleh berkata apa sahaja tentang kaedah perubatan ajaib ini tetapi saya tidak peduli," katanya.

Namun, de Faria menafikan dia memiliki sebarang kuasa ajaib ketika ditemu bual oleh agensi berita Associated Press (AP) di sini.

"Tuhan yang menyembuhkan pesakit saya. Saya cuma perantara yang mengubati mereka," katanya.

De Faria yang berasal dari sini, barat daya ibu kota Brazil, Brasilia memberitahu, dia sudah lima dekad melakukan pembedahan psikik.

Kata de Faria, dia akan menggunakan kebolehannya untuk memukau pesakit agar tidak merasa sakit semasa dibedah.

Menurutnya, dia tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap pesakitnya tetapi menerima sumbangan dalam bentuk derma daripada mereka.

- AGENSI
Ranking: 5

Perhatian!

farishishak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruangan komen di bawah mahupun komen melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE. :)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2012 Realiti Fantasi | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO